Tuesday, June 28, 2011

PERUNCINGAN STPM

TAJUK - TAJUK PERUNCINGAN KERTAS SEJARAH 1 STPM 2011

SILA KLIK

KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Bidang Ketenteraan

Sila klik untuk huraian

Yahudi ii

Cara Penentangan Yahudi dan Reaksi Rasulullah s.a.w.




Yahudi

Sebab Penentangan Yahudi Terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Sila klik untuk huraian

PERJANJIAN HUDAIBIYAH


Sejauh manakah faktor pencabulan terhadap Perjanjian Hudaibiyah oleh golongan Quraisy membawa pembukaan kota Makkah, dan huraikan tindakan – tindakan Rasulullah s.a.w. mengukuhkan kota Makkah yang baru dikuasai itu.




PERANG KHANDAK


Huraikan faktor – faktor tercetusnya Perang Ahzab dan peranan kumpulan – kumpulan utama yang terlibat dalam peperangan tersebut.



PERANG UHUD


Huraikan perkembangan Perang Uhud dan kesan – kesan peperangan ini ke atas pihak yang terbabit.

A.       Pengenalan


1.   Permusuhan antara orang – orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak berakhir selepas Rasulullah s.a.w.  berhijrah ke kota Madinah, sebaliknya pertembungan kedua – dua pihak semakin hebat yang mencetuskan beberapa siri peperangan seperti Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang Ahzab.
2.  Walaupun Islam tidak menggalakkan peperangan, namun disebabkan perkara –perkara yang tidak dapat dielakkan khususnya perlunya mempertahankan kesucian agama Islam dan menjaga maruah diri serta keselamatan negara Islam, Islam membenarkan umatnya mengangkat senjata.
3.   Perang Uhud merupakan pertempuran kedua yang berlaku dalam sejarah Islam pada tahun 3 H melibatkan 700 orang tentera Islam diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri dengan 3000 orang tentera Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb.
4.  Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan peperangan ini, antaranya ialah hasrat Quraisy menebus kekecewaan dalam Perang Badar, penentangan yang tidak pernah padam di kalangan pemimpin Quraisy, kebimbangan kafilah dagang akan terancam, dan hasutan golongan Yahudi Bani Nadhir.

B.       Perkembangan Perang Uhud

1.   Apabila Rasulullah s.a.w. dimaklumkan oleh bapa saudaranya, Abbas, kaum Quraisy bersiap sedia untuk menyerang Madinah. Tentera Quraisy dianggarkan berjumlah 4000 orang di bawah pimpinan Abu Sufyan. Tentera Quraisy ini disertai oleh  penduduk dari dalam dan luar kota Makkah seperti puak Kinanah, al Harith, Tihamah, dan Thaqif. Mereka bertolak dari kota Makkah pada 25 Ramadhan tahun 3 H dan sampai di Uhud pada 5 Syawal tahun yang sama.
2. Rasulullah s.a.w. mengadakan mesyuarat di kalangan penduduk Madinah untuk   membincangkan kaedah menangani musuh  negara Islam itu. Dalam mesyuarat tersebut timbul dua pandangan iaitu cadangan keluar dari kota Madinah dan yang kedua bertahan sahaja dalam kota Madinah. Meskipun Rasulullah s.a.w.  lebih menyukai cadangan kedua, namun berdasarkan prinsip syura, Rasulullah s.a.w.  menerima cadangan pertama kerana ia merupakan suara majoriti.
3.   Tentera Islam pada awalnya berjumlah 1000 orang, namun sebelum peperangan berlaku  satu pertiga tentera di bawah pimpinan Abdullah bin Ubay telah menarik diri  dengan alasan kemungkinan berlakunya serangan tentera Musyrikin Makkah ke atas kota Madinah. Namun yang sebenarnya ialah mereka kurang yakin dengan jumlah tentera Islam yang agak kecil di samping sikap mereka yang tidak ikhlas menganut Islam.
4.   Walau bagaimanapun Rasulullah s.a.w.  tidak putus semangat sebaliknya telah merangka strategi yang baik dengan meletakkan tentera pemanah di Bukit Uhud. Baginda telah menempatkan 50 orang tentera pemanah di atas Bukit Uhud diketuai oleh Abdullah bin Jubair. Strategi ini berjaya memerangkap tentera Quraisy.
5.        Kesannya, tentera Islam hampir memperoleh kemenangan, namun disebabkan tentera pemanah meninggalkan posisi  strategik itu demi mendapatkan harta yang ditinggalkan musuh telah mendedahkan kepincangan benteng pertahanan tentera Islam.
6.   Khalid al Walid yang melihat tentera Islam berebut – rebut harta rampasan bertindak menyerang semula tentera Islam yang menyebabkan tentera Islam berada dalam keadaan kucar – kacir. Kesannya, 70 orang tentera Islam telah syahid termasuk Saidina Hamzah, malah Rasulullah s.a.w.  sendiri mengalami cedera, membolehkan tentera musuh meraikan kemenangan

C.       Kesan Perang Uhud

1.   Kabilah – kabilah Arab mula memandang rendah dan  serong kepada umat Islam, mereka kembali semula kepada kaum Quraisy. Malah ada yang berani membunuh umat Islam sewenang – wenangnya seperti Bani Bakr yang membunuh seramai 70 orang utusan dakwah Islam di Bir Mauna.
2    Kekalahan dalam Perang Uhud juga telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat Islam yang tipis imannya, mengapa tentera yang diipimpin oleh Rasul yang membawa agama  Allah gagal mengalahkan musuh Allah.
3.   Perang Uhud ialah ia memberikan pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati serta mengikuti taktik yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w.  serta dilarang sama sekali mengengkari arahan ketua kerana padahnya amat besar sekiranya hal ini berlaku.
4.   Perang Uhud juga memberi gambaran kepada umat Islam mengenai sifat – sifat dan bahaya – bahaya yang ditimbulkan oleh golongan munafik. Ini menyebabkan orang – orang Islam semakin berhati – hati ketika berhadapan dan berurusan dengan orang – orang munafik .
5.   Rasulullah s.a.w telah bertindak menghalau Yahudi Bani Nadhir dari kota Madinah, bukan sahaja kerana sikapnya yang mengkhinati Sahifah Madinah, bahkan mereka kerap berusaha membunuh Rasulullah s.a.w.
6.   Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan percaya kekuatan Islam mulai lumpuh. Ini mendorong mereka semakin bersemangat untuk mengalahkan dan yang penting membunuh Rasulullah s.a.w. dengan lain perang ini membuktikan kaum Quraisy memang sentiasa berazam untuk menghancurkan Islam bila – bila masa sahaja tanpa diduga. 

D.       Kesimpulan

1.    Kemenangan pihak musuh telah mencetuskan kayakinan seteru Islam, oleh itu mereka telah bangkit sekali lagi untuk mencabar umat Islam, kesannya berlaku Perang Ahzab pada tahun 5 H, namun dengan kegigihan serta kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. merencanakan strategi, hasrat Quraisy menemui jalan buntu.

PERANG BADAR

Nilaikan Kepentingan Perang Badar Kepada Umat Islam. 
Pengenalan :
  • Konsep perang/jihad dalam Islam.
  • Perang Badar merupakan peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah (624 Masihi) di lembah Badar di luar kota Madinah.
  • Perang Badar merupakan peperangan yang berlaku di antara 313 orang Islam Madinah diketuai oleh Nahi Muhammad s.a.w. dengan 1000 ozang kaum Musyrikin Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal.
Peristiwa Perang Badar
  • Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk berperang menentang musuh – apabila turunnya ayat dari Surah al-Baqarah: 19 dan Surah al-Haj: 39-40.
  • Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari Sham pimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota Madinah. Oleh yang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar menyiasat dan menyekat kafilah tersebut.
  •  Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas beliau mengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan.
  • Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-1000 orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya bukan sahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap dan menghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda.
  • Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada Abu Jahal yang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat kafilah Abu Suffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orang­orang Islam terkejut melihat tentera musuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar bukan untuk berperang.
  • Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi mendapat pertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam.
  • Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang – 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3 daripada pihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili oleh Ali bin Abu Talib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala pihak Musyrikin Mekah pula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, al­Walid bin Uthah, dan Shaibah bin al-Rahiah. Dalam pertarungan tersebut, ketiga­tiga pahlawan Musyrikin Mekah dapat ditewaskan.
  • Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan, penyatuan dan keyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. tentera Islam telah mencapai kemenangan. Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera Islam telah gugur syahid, manakala pihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan.
Isi :
Kepentingan Perang Badar
  • Perang Badar merupakan peristiwa yang amat penting kepada umat Islam. Kerana sekiranya umat Islam tewas, maka berkemungkinan akan berakhirlah pengaruh Islam yang telah dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dipohon oleh baginda dalam doa.
  • Perang Badar juga adalah dugaan yang paling besar kepada umat Islam kerana mereka buat kali pertama berperang, di samping bilangan mereka terlalu sedikit, berbanding pihak Musyrikin Mekah yang bersenjata terialu ramai dengan nisbah 1:3. Menunjukkan kualiti lebih utama daripada kuantiti.
  • Dalam peperangan ini, umat Islam tidak membuat persediaan dari segi fizikal, namun Allah s.w.t. telah menolong mereka dengan menurunkan tentera – seribu malaikat bagi memusnahkan pihak musuh.
  • Keadaan ini menguntungkan umat Islam kerana pengaruh Musyrikin Mekah semakin merosot. Kaum Musyrikin Mekah kehilangan ramai pahlawan yang handal seperti Abu Jahal, Utbah bin al-Rabiah, Shaibah ar-Rabiah dan lain-lain.
  • Peristiwa Badar ini juga turut menjadi rangsangan kepada umat Islam bagi menghadapi tentangan daripada pihak Musyrikin seterusnya, di samping memperkukuhkan lagi keimanan mereka dan meningkatkan keyakinan kepada Allah s.w.t.
  • Kekalahan pihak Musyrikin Mekah ini juga menyebabkan mereka tidak lagi menjadi kuasa yang teragung di Semenanjung Tanah Arab. Malah di kalangan kaum Quraish sendiri mereka mula meragui kebenaran kepercayaan warisan nenek moyang mereka dan mula memikirkan tentang kesahihan ajaran Islam.
  • Menekankan konsep ihsan dan musyawarah dalam perhubungan sesama manusia sebagai contohnya dalam menguruskan orang tawanan dan harta rampasan perang secara adil.
  • Bermulanya konsep jihad fisabilillah di medan peperangan bagi menjaga maruah agama, umat Islam dan negara Islam. Peperangan diteruskan juga walaupun berlaku di bulan Ramadhan.
  • Mengajar kepada umat Islam mengenai etika peperangan.
  • Kepimpinan          Rasulullah                                s.a.w         sebagai . pemimpin agung.       Membuktikan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w sebagai perancang strategi dalam menghadapi peperangan.
  • Pentingnya nilai-nilai sabar takwa clan tawakal dalam menghadapi dugaan dancabaran.
  • Mengutamakan aspek pendidikan.
Kesimpulan :
Perang Badar merupakan peperangan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan. Kekalahan pihak musuh merupakan tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin mereka kerana la berlaku adalah di luar dugaan dan mereka berazam untuk menuntut bela terhadap umat Islam.

Sumber : Weblog Cg Jumali
               TQ

     

Friday, June 17, 2011

SOALAN PERTENGAHAN 2011

BAHAGIAN A

1.          “Perubahan - perubahan peradaban masyarakat daripada pemungut-pemburu ( gathering food ) kepada manusia yang menjalankan kegiatan pertanian ( growing food ) pada zaman Neolitik berpunca daripada pengenalan aktiviti pertanian.” Jelaskan.

2.          Bincangkan struktur sosial masyarakat di Lembah Indus sebelum kedatangan orang – orang Aryan.

3.          Huraikan kepentingan kemunculan negara kota di Alam Melayu.

4.          Kekuatan tentera menjadi asas pembentukan sesebuah empayar.  Bincangkan.

5.          Bincangkan sebab – sebab tercetusnya peperangan dalam perkembangan tamadun  manusia.

6.          Huraikan ciri – ciri organisasi ketenteraan tamadun Melayu sebelum kemunculan empayar Melaka.

7.          Jelaskan asas kekuatan ekonomi perdagangan yang menjadi penyumbang kepada keunggulan empayar Rom dari zaman Republik hingga kurun ke-2 Masihi.

8.          Bandingkan ciri-ciri pemerintahan Shih Huang Ti dengan ciri – ciri pemerintahan khalifah Umar bin Abdul  Aziz.

BAHAGIAN B

9.          Bincangkan peradaban masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam mengikut pandangan al Quran.

10.      Huraikan usaha - usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam menangani masalah yang ditimbulkan oleh pelbagai masyarakat di Madinah.

11.      Masyarakat zaman Khulafa al Rasyidin terdiri daripada pelbagai golongan. Huraikan.

12.      Jelaskan konsep khalifah dan cara – cara perlantikannya dalam konteks pemerintahan kerajaan Khulafa al Rasyidin.

13.      Huraikan kandungan – kandungan utama Piagam Madinah.

14.      Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang berwibawa amat ketara sebaik  sahaja Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah. Bincangkan.


15.      Bandingkan dasar pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Khulafa al-Rasyidin dengan Kerajaan Bani Umaiyah.

16.      Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat
SOALAN TOV 2011


SULIT

BAHAGIAN A

1.                  Huraikan ciri – ciri peradaban masyarakat Prasejarah Akhir.

2.                  Bincangkan kesan – kesan aktiviti pertanian terhadap peradaban masyarakat Prasejarah.

3.                  Jelaskan faktor – faktor kemunculan dan perkembangan tamadun manusia di kawasan lembah sungai.

4.                  Jelaskan ciri – ciri bandar yang muncul dalam tamadun Mohenjo Daro dan Harrapa.

5.                  Huraikan ciri – ciri sesebuah empayar dengan merujuk empayar seperti di China, Rom dan India.

6.                  Bandingkan kekuasaan pemerintah di Alam Melayu dengan kekuasaan khalifah pada zaman Khulafa al Rasyidin.

BAHAGIAN B

7.                  Bincangkan konsep manusia dan fungsinya mengikut pandangan Islam.

8.                  Kedatangan Islam telah mengubah peradaban tamadun Arab. Bincangkan.

9.                  Bincangkan ciri - ciri kehidupan masyarakat Yathrib sebelum kedatangan Islam.

10.              Huraikan usaha - usaha dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad  s.a.w. dan ajaran – ajaran yang dibawa oleh Baginda s.a.w.  di Makkah.

11.              Huraikan faktor – faktor penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah dan kesan – kesannya.

12.              Bincangkan peranan Nabi Muhammad s.a.w.  dalam usaha menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah.