Saturday, February 16, 2013

Kuliah 8

Khalifah Abu Bakar al Siddiq

Sumbangan

  • Menyelesaikan isu perlantikan pengganti Nabi Muhammad s.a.w. berikutan Baginda s.a.w. tidak meninggalkan sebarang wasiat
  • Menggerakkan tentera ke Ghassan di bawah pimpinan Uthamah bin Zaid yang ditangguhkan ekoran kewafatan Baginda s.a.w. Tentera ini memperoleh kemenangan dan dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan kota Madinah.
  • Menghapuskan ancaman golongan al Riddah yang terdiri daripada kumpulan nabi palsu, murtad dan enggan membayar zakat yang merosakkan kesucian agama Islam dan menghuru - harakan politik negara Islam 
  • Mengumpul semula ayat -ayat al Quran pada satu tempat, berikutan kematian ramai penghafal ayat -ayat al Quran dalam kempen al Riddah; diketuai oleh Zaid bin Thabit.
  • Membahagikan negara Islam kepada 10 buah kawasan, bertujuan memudahkan urusan pentadbiran dan penyebaran agama Islam
  • Menggerakkan tentera Islam ke utara bagi menghadapi ancaman Rom dan ke selatan bagi menangani Parsi yang sering mencetus huru -hara dan menggugat keselamatan negara dan para pendakwah.
  • Mewasiatkan agar jawatan khalifah selepasnya diserahkan kepada Umar al Khattab demi memastikan kestabilan dan perpaduan umat Islam. Ianya sekaligus mengelak berlaku pertelagahan sesama umat Islam sebelum beliau menjawat jawatan khalifah.
Kesimpulan: KhalIifah Abu Bakar dianggap sebagai Penyelamat Negara Islam.

Khalifah Umar al Khattab

Sumbangan
  • Membahagikan negara Islam kepada 8 buah wilayah, Madinah berperanan sebagai pusat pentadbiran. Wilayah - wilayah lain ialah Makkah, Iraq, Iran, Mesir yang mempunyai  ibu kota masing - masing serta dilengkapi dengan birokrasi yang sistematik.
  • Menginstitusikan amalan syura, Majlis Syura dibentuk secara rasmi dan berperanan secara formal, bertindak sebagai penasihat Khalifah berhubung dengan dasar - dasar negara. 
  • Menubuhkan angkatan tentera secara formal, tentera dibahagikan kepada tentera tetap dan tentera simpanan yang diberikan gaji berserta elaun. Anggota tentera dikehendaki menjalani latihan lasak dan tidak dibenarkan membeli tanah - tanah di kawasan yang dikuasai. Bandar tentera telah didirikan di kawasan strategik.
  • Pembaharuan dalan bidang ketenteraan menampakkan impak yang positif, apabila musuh tradisi Islam iaitu Rom dan Parsi telah berjaya dilumpuhkan sama sekali. Di bawah kepemimpinan Abu Ubaidah al Jarrah, Khalid al Walid, Amru al As, Saad bin Abi Waqqas, Iraq, Iran, Mesir, Baitulmaqdis, Syria, Jordan telah berjaya dikuasai.
  • Memperkenalkan undang - undang pentadbiran tanah; tanah bertuan dikenakan cukai kharaj, sementara tanah tidak bertuan akan diamanahkan kepada golongan Ahli al Ayyam bagi urusan pentadbirannya. Tanah - tanah sebegini akan diberikan sekiranya ada individu berhasrat mengusahakannya.
  • Melaksanakan Baitulmal secara formal, berperanan menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara. Badan ini tadbir oleh pegawai khas yang dilantik, dan bagi memastikan pentadbirannya sistematik, buku catatan disediakan, dan di setiap tanah jajahan ditubuhkan cawangan -cawangan Baitulmal.
  • Melaksanakan dasar pencukaian yang adil dan tidak membebankan, umpamanya    memperkenalkan cukai kharaj dan cukai usyur serta meneruskan pembayaran jizyah yang dikenakan kepada orang - orang bukan Islam. Berhubung dengan zakat, sumber pendapatan ini kian meningkat disebabkan bertambahnya penganut - penganut agama Islam.
  • Menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk kegunaan rakyat, umpamanya jalan raya, sistem saliran untuk aktiviti pertanian, rumah - rumah tumpangan, masjid yang bukan sekadar tempat beribadat malah berperanan sebagai pusat pendidikan. Malah, Khalifah Umar juga telah menyediakan penjara bagi memenjarakan penjenayah yang dijatuhkan hukuman bersabit dengan kesalahan yang dilakukannya.
  • Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan - jabatan lain. Ianya bertujuan memastikan badan ini benar - benar bebas daripada campur tangan politik. Malah, perlantikan seseorang hakim melalui proses yang amat ketat dan  hakima yang dilantik menerima gaji yang tertinggi bagi mengelak penyelewengan.
Kesimpulan: Khalifah Umar al Khattab dianggap Pengasas atau Pembina Zaman Keagungan Kerajaan Islam

Friday, February 15, 2013

Kuliah 7

Institusi Khalifah

Konsep Khalifah

  • Pengertian dari sudut bahasa: pengganti
  • Dalam konteks pemerintahan, ia merujuk kepada pengganti kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi mengetuai umat Islam dan mentadbir negara Islam selepas kewafatan Baginda s.a.w.
  • Individu berkenaan akan memegang jawatan yang diistilahkan sebagai khilafah.
Kriteria Seseorang Khalifah
  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Merdeka
  • Sihat tubuh badan dan akal fikiran
  • Adil
  • Bijak bersiasah ( berpolitik )
Tanggungjawab Seseorang Khalifah
  • Menjaga kesucian agama Islam
  • Mentadbir negara berdasarkan hukum syarak
  • Mempertahankan negara daripada ancaman musuh
  • Menjaga maruah umat Islam
  • Menghapuskan sebarang kezaliman
  • Menghidupkan amalan syura
Pengesahan Perlantikan Seseorang Khalifah
  • Melalui proses baiah ( ikrar taat setia ) daripada rakyat
Cara - cara Perlantikan Seseorang Khalifah
  • Perundingan: Pemilihan Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah pertama; berlaku perbincangan antara wakil golongan Ansar dan Abu Bakar sebagai wakil golongan Muhajirin
  • Wasiat khalifah terdahulu: Perlantikan Umar al Khattab sebagai khalifah   kedua, Khalifah Abu Bakar mencadangkan perlantikan Umar bagi mengelak peristiwa pertelagahan antara golongan Ansar dan Muhajirin
  • Musyawarrah:Dikaitkan dengan pemilihan Khalifah Uthman, sebuah jawatanakuasa bermusyawarrah bagi meneliti calon yang bakal menjawat jawatan khalifah. Akhirnya, Uthman dipilih atas sebab - sebab tertentu.
  • Paksaan: Ali terpaksa menjawat jawatan khalifah disebabkan desakan para   penyokongnya, selaian terpaksa mengisi kekosongan yang ada demi kepentingan agama, umat dan negara Islam.
  • Warisan: Bermula pada zaman Bani Umaiyah, tindakan Muawiyyah yang mengisytiharkan anaknya, Yazid sebagai Putera Mahkota pada tahun 56 H. Ia menandakan ahak umat Islam memilih pemimpin berakhir, malah dipaksa memberikan baiah

Thursday, February 14, 2013

Kuliah 6

Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Asas - asas kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya telah wujud secara tidak langsung bermula daripada kanak - kanak sehinggalah Baginda s.a.w. diutuskan sebagai nabi dan rasul

Antara bukti pernyataan tersebut ialah:
- menjadi yatim sejak kecil, melatih sifat berdikari dan cekal
- berperanan sebagai penggembala kambing; latih sifat lasak dan merupakan rutin harian nabi dan rasul terdahulu
- perkahwinan Baginda s.a.w. dengan Siti Khadijah; bakal mendapat sokongan moral dan material dalam perjuangan kelak
- kemampuan menyelesaikan pertikaian perletakan batu Hajar Aswad yang hampir mencetuskan pertelagahan yang serius dalam kalangan pemimpin Quraisy

Antara  ciri - ciri kepemimpinan yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w. ialah:

  • Bijak - kemampuan menyelesaikan pertikaian perletakan batu Hajar Aswad serta merangka strategi dakwah dan peperangan serta merangka Perlembagaan Madinah.
  • Berani - mengetuai sendiri ekspedisi peperangan dan kemampuan menangani ancaman musuh sama ada di Makkah mahupun di medan perang walaupun bilangan tentera Islam yang terhad
  • Adil - membela dan memberikan hak sewajarnya kepada kaum wanita yang selama ini dibelenggu dengan amalan Jahiliah yang taksub. Kejayaan menghapuskan semangat assabiyah yang digantikan dengan persauadaraan dan persamaan taraf menggambarkan sifat ini.
  • Toleransi - memberikan layanan yang baik kepada tawanan perang, kebebasan beragama kepada golongan bukan Islam
  • Tegas - bertindak mengusir golongan Yahudi Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizah yang mengkhianati Piagam Madinah
  • Berpandangan jauh - menerima Perjanjian Hudaibiyah meskipun dari segi jangka pendek seolah - olah merugikan umat Islam. 
  • Amanah - tegar menyampaikan dakwah meskipun menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi sama ada daripada Quraisy, Yahudi, Rom dan juga Parsi.
Bukti - bukti Nabi Muhammad Sebagai Negarawan Yang Ulung
  • Pemimpin Politik : menubuhkan negara Islam Madinah, menggubal Piagam Madinah, merencana proses hijrah termasuk memeterai beberapa perjanjian
  • Pemimpin Masyarakat: menyelesaikan pertikaian Hajar Aswad, memperkenalkan konsep ummah,  membela kaum wanita dan menghapuskan semangat assabiyah
  • Perancang Ekonomi: memperkenalkan sistem ekonomi Islam dengan menghapuskan sebarang bentuk penindasan, mengagihkan kekayaan secara sama rata, memperkenalkan sistem cukai yang adil, memulihkan ekonomi umat Islam, dan menghapuskan eksploitasi kaum Yahudi di Madinah
  • Panglima Tentera: mengetuai sendiri ekspedisi peperangan,  memperkenalkan strategi peperangan serta etika tatkala berhadapan dengan musuh, dan menerapkan semangat jihad dalam kalangan pejuang Islam
  • Pemimpin Agama: mendirikan Masjid Nabawi,  menghantar utusan dakwah dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab
  • Ketua Hakim: menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap pengkhianat negara Islam, bersikap tolak ansur terhadap tawanan perang, dan memperkenalkan undang - undang Islam seperti hudud, qisas, takzir, diat yang berkaitan dengan jenayah, undang - undang kekeluargaan dan peraturan bermasyarakat ( muamalat )
  • Ketua Keluarga: menjadi role model dalam pembentukan institusi kekeluargaan Islam
  • Penaung Kegiatan Keilmuan: menjadi pendidik bukan sahaja dalam keluarga malah kepada umat Islam seluruhnya. 

Wednesday, February 13, 2013

Kuliah 5

Struktur Pemerintahan Kerajaan Islam Madinah Zaman Nabi Muhammad s.a.w.

  1. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemimpin tertinggi kerajaan Islam Madinah
  2. Kuasa ketua - ketua kabilah dikekalkan, namun sebarang permasalahan boleh dirujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  3. Masjid Nabawi berperanan sebagai markas atau pusat pentadabiran kerajaan Islam Madinah; tempat penggubalan dasar - dasar kerajaan Madinah.
  4. Prinsip dan amalan syura merupakan polisi utama dalam penggubalan dasar, undang -undang serta apa - apa perkara yang berkaitan dengan polisi pemerintahan.
  5. Golongan Muhajirin dan golongan Ansar merupakan tunjang kepada pemerintahan kerajaan Islam; merangkumi aspek politik, pentadbiran, eekonomi, ketenteraan dan sebagainya.
  6. Perlembagaan Madinah merupakan undang - undang tertinggi negara; berlandaskan wahyu dan norma -norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak.
  7. Pengagihan kuasa, negara - negara Islam yang berkembang menyebabkan Baginda s.a.w. mengagihkan kuasa pentadbiran kepada para sahabat, umpamanya Muaz b Jabal ke Yaman.
  8. Dalam bidang ketenteraan, Nabi Muhammad s.a.w. bertanggungjawab menjamin keselamatan agama, negara, dan maruah umat Islam khasnya dan seluruh warga Madinah amnya. Tanggungjawab mempertahankan negara menjasi tanggunjawab warga Madinah.
  9. Pelaksanaan pentadbiaran sistem ekonomi Islam yang berteraskan keadilan, menghapuskan sebarang bentuk penindasan dan menjamin agihan kekayaan secara sama rata.

Kuliah 4


Piagam Madinah

Kandungan Utama
1. Bersumberkan wahyu dan norma norma masyarakat
2. Nabi Muhammad s.a.w. diisytiharkan sebagai pemimpin tertinggi negara
3. Pengenalan konsep ummah
4. Orang - orang Islam wajib hidup saling bekerjasama
5. Orang - orang bukan Islam bebas mengamalkan agama dan adat istiadat
6. Tanggungjawab mempertahankan negara merupakan tanggungjawab bersama antara orang Islam dan bukan Islam
7. Aman selagi taat dengan Piagam Madinah

Peranan Piagam Madinah

1. Menjadi sumber perundangan tertinggI negara
2. Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf oleh warga Madinah
3. Asas penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh warga Madinah
4. Mewujudkan keamanan dan kestabilan politik Madinah
5. Menghapuskan semangat assabiyah yang membelenggu masyarakat
6. Memulihkan ekonomi umat Islam

KULIAH 3


Perkembangan Masyarakat Islam

Zaman Nabi Muhammad s.a.w.

  1. Terdapat dua golongan utama iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin
Kedua  - dua golongan ini memainkan peranan penting bukan sahaja dalam usaha penyebaran Islam bahkan menjadi tunjang kepada pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam
  1. Menjelang kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. , penganut agama Islam kian berkembang berikutan tindakan Rasulullah s.a.w. gigih menghantar utusan dakwah bukan sahaja dalam bahkan luar Semenanjung Tanah Arab.
  2. Buktinya tatkala, Baginda s.a.w. menunaikan  haji wida', 100 000 umat Islam telah mengerjakan haji dan mendengar khutbah atau amanat terakhir Baginda s.a.w.
Zaman Khulafa al Rasyidin

  1. Islam kian berkembang pada zaman ini, terutamanya sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Hal ini disebabkan tindakan Khalifah Umar  menghantar pendakwah serta kesan daripada kempen ketenteraan yang giat dijalankan.
  2. Secara amnya, masyarakat pada zaman ini terbahagi  kepada golongan Arab dan bukan Arab.
  3. Walau bagaimanapun, pada  era ini telah timbul cabaran hebat kepada pemerintah berikutan munculnya golongan tertentu yang tidak memahami ajaran Islam sepenuhnya.
  4. Umpamanya, pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, telah muncul golongan yang dikenali sebagai golongan al Riddah, iaitu golongan nabi palsu, enggan membayar zakat, dan golongan murtad.
  5. Pada zaman pemerintahan Khalifah  Umar, masyarakat Islam semakin kompleks, berikutan kempen - kempen perluasan wilayah dijalankan. Di Iraq, umpamanya muncul golongan Ahl al Ayyam yang diberikan tanggungjawab  mentadbir tanah jajahan berkenaan.
  6. Ringkasnya, masyarakat Islam pada zaman ini terbahagi kepada beberapa kelompok,iaitu:
Golongan Arab : merupakan golongan pentadbir dan merupakan kumpulan majoriti
Golongan Mawali : golongan bukan Arab yang beragama Islam; diberikan hak sebagaimana orang bangsa Arab

Golongan Ahl al Ayyam : golongan yang diamanahkan sebagai pentadbir tanah jajahan seperti di Iraq dan Mesir

Golongan Ahli al Qurra : berasal drp golongan Ahl al Ayyam, namun yang membezakannya ialah golongan ini terdiri daripada golongan yang tidak pernah murtad.

Golongan Syiah: merupakan penyokong setia kepada Khalifah Ali, dikenali juga dengan gelaran Ahl al Bait

Golongan Khawarij: merupakan serpihan drp penyokong Khalifah Ali, muncul sebagai golongan ekstrim yang enggan menerima kepemimpinan Khalifah Ali ekoran tindakan Khalifah Ali yang  bersetuju dengan perjanjian damai dengan Muawiyyah dalam Perang Siffin serta Perjanjian Tahkim

Golongan al Riddah: merupakan golongan yang muncul pada zaman Khalifah Abu Bakar, 
tidak memahami sebenarnya ajaran Islam menyebabkan muncul golongan seperti nabi palsu, enggan membayar zakat dan murtad

Secara rumusannya, perkembangan masyarakat Islam pada zaman ini berlaku disebabkan oleh kempen pendakwahan yang dilakukan, ekpedisi ketenteraan yang berlaku,  dan sifat agama Islam yang mementingkan keamanan atau bersifat universal.