Friday, January 28, 2011

Islam di Makkah

Proses Dakwah
* Secara sulit : kaum keluarga dan sahabat terdekat
* Secara terbuka : Pidato umum - Bukit Safa - bermulalah siri penentangan kaum Quraisy

Ajaran - ajaran Yang Dibawa Oleh Rasulullah
* Akidah : Konsep Tuhan Yang Esa - Rukun Iman - Rukun Islam
* Akhlak : Amal Makruf Nahi Mungkar - Persamaan taraf - Persaudaraan
* Ibadat  : Khusus ( solat ) dan inadat umum ; segala amalan yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat
* Syariah : Hukum - hakam - panduan dalam menjalani kehidupan - terdapat panduan jelas al Quran dan
                  Sunnah Rasulullah s.a.w
* Kisah Umat Terdahulu : Panduan dan iktibar kepada mereka yang menentang ajaran-Nya 

Sunday, January 16, 2011

Soalan Perbincangan

Bahagian A

1. Jelaskan kepentingan peradaban Neolitik terhadap perkembangan tamadun manusia.
2. Huraikan ciri - ciri yang terdapat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran empayar - empayar di Alam Melayu.

Bahagian B
1. Huraikan ciri - ciri agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam.
2. Bincangkan ciri - ciri kehidupan masyarakat di Makkah dan Yathrib sebelum kedatangan Islam.

Saturday, January 15, 2011

Makluman

Taklimat pelaksanaan dan penulisan Kolokium akan diadakan pada 17 Januari 2010 bertempat di Dewan Aspura, SMKIF

KONSEP UMMAH

Pengertian Dari Segi Bahasa

Ummah bermaksud masyarakat; iaitu sekumpulan individu yang hidup dalam sesebuah organisasi, sementara dalam al Quran istilah ummah yang disebut sebanyak 40 kali di dalamnya termasuk juga masyarakat jin.

Pengertian Dari Konteks Perlembagaan Madinah

Dalam konteks Sahifah Madinah, ummah merujuk kepada masyarakat Islam dan bukan Islam yang hidup dalam negara kota Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.. Namun setelah golongan Yahudi dihalau keluar dari kota Madinah, maka konsep ummah hanya dijuruskan kepada golongan masyarakat Islam serta yang taat dengan Sahifah Madinah sahaja.

Komposisi Masyarakat Islam

Masyarakat Islam dalam negara Islam Madinah terdiri daripada dua kelompok besar iaitu golongan Muhajirin, iaitu golongan yang berasal dari Makkah yang berhijrah bersama – sama Rasulullah s.a.w. sementara kelompok yang kedua ialah penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku kaum Aus dan Khazraj yang bertanggungjawab memeterai Perjanjian Aqabah I dan II yang membawa kepada penghijrahan Baginda s.a.w. ke Madinah yang dikenali sebagai golongan Ansar.

Komposisi Masyarakat Bukan Islam/Yahudi

Manakala masyarakat bukan Islam pula terdiri daripada majoritinya suku kaum Yahudi; meliputi tiga suku kaum yang terbesar iaitu Yahudi Bani Qainuqa, Yahudi Bani Nadhir, dan Yahudi Bani Quraizah. Golongan inilah yang boleh diibaratkan ‘duri dalam daging’ dalam konteks masyarakat negara Islam Madinah; sering mengapi – apikan suku kaum Arab agar bertelagah antara satu sama lain.

Proses Pembentukan Ummah

Dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. sejak di Makkah lagi melalui proses pendakwahan sama ada secara sulit ataupun terang – terangan sehinggalah Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah.

Selamat Datang

Selamat datang ke blog "Nur Ilmu" blog yang membicarakan khususnya mata pelajaran sejarah PMR & STPM