Friday, February 11, 2011

KESAN PENGENALAN PERADABAN ISLAM

Kesan Kedatangan Islam Terhadap Peradaban Masyarakat Arab

  1. Agama : Pengenalan konsep Tuhan Yang Esa menggantikan konsep tuhan yang berbilang, beribadat secara langsung dengan Allah dan pengenalan aspek syariah
  2. Akhlak : Pengenalan konsep amal amkruf nahi mungkar
  3. Sosial   : Pengenalan konsep persamaan taraf dan persaudaraan menggantikan fahaman assabiyah
  4. Ekonomi : Pengenalan konsep ekonomi yang adil dan pengharaman segala bentuk penindasan
  5. Politik     : Pengenalan amalan syura ( pengagihan kuasa )
  6. Peperangan : Pengenalan konsep jihad; mempertahankan agama, negara, dan maruah
  7. Wanita  : Diberikan hak yang sewajarnya
  8. Perundangan : Sumber wahyu menjadi asas perundangan  dan dimanfaatkan untuk menegakkan keadilan
  9. Ilmu pegetahuan : Terbuka kepada semua individu tanpa mengira jantina dan warna kulit. Islam sememangnya menyeru umatnya menuntut  ilmu

MASYARAKAT JAHILIAH

CIRI - CIRI KEJAHILAN MASYARAKAT ARAB

INGAT KATA KUNCI YANG DIGARISKAN

  1. Agama : Bersifat sesat; bukti mencipta agama berdasarkan akal dan nafsu serta tindakan mengubahsuai kandungan kitab suci
  2. Kepercayaan : Taasub / fanatik; mengamalkan tradisi nenek moyang secara membuta tuli
  3. Sosial : Perpecahan ; semangat assabiyah membelenggu masyarakat, golongan wanita dihina, pembahahian masyarakat berdasarkan kelas
  4. Ekonomi : Penindasan; mengamalkan riba, penipuan dalam aktiviti perniagaan
  5. Politik :  Beku / Jumud; politik hanya berkisar dalam kabilah masing - masing dan kuasa hanya berpusat di tangan pemimpin  dan sesetengahnya dibelenggu oleh penjajah ( Rom dan Parsi ) 
  6. Akhlak: Buruk; bertujuan memenuhi tuntutan hawa nafsu dan mengharapkan pujian agar dapat bermegah ( mencari nama )
  7. Ilmu pengetahuan: Buta huruf; tradisi mendapatkan ilmu hanya secara lisan
  8. Kesusasteraan : Tidak ada nilai estetika; hanya untuk meluahkan perasaan dan menghina dan mengejek individu atau kabilah lain
  9. Peperangan: Kelaziman; berkait rapat dengan fahaman assabiyah dan adu domba kaum Yahudi ( Madinah )

Tuesday, February 1, 2011

EMPAYAR

A. Konsep Empayar
- Pengertian empayar : unit politik terbesar hasil dari aktiviti/ kempen perluasan kuasa
- Ciri  : diperintah oleh maharaja / raja yang berkuasa mutlak
          : kekuasaan pemerintah berkenaan 'dirasai' oleh rakyat tanah jajahannya
- Faktor pembentukan empayar : kekuatan tentera dan idealisme pemimpin
- Contoh empayar yang unggul : Rom, Chin, Han, Maurya, Srivijaya, Majapahit dan Melaka

B. Ciri - ciri Empayar
1. Politik : Diketuai oleh pemerintah berkuasa mutlak
              :  Pengukuhan kuasa ; gelaran yang pakai dan dianggap suci ( wakil Tuhan )

2.Pentadbiran : Wujud sistem birokrasi yang sistematik
                      : Di peringkat pusat dan wilayah
                      : Birokrat ; cerdik pandai dan golongan bangsawan yang berpengalaman

3. Kekuatan tentera:  Kepelbagian jenis; tentera darat dan tentera laut
                              :  Benteng pertahanan yang kukuh di ibu kota dan sempadan
                              :  Kepelbagaian strategi dan taktik serta persenjataan
                              :  Pengurusan tentera yang sistematik; tentera tetap, tentera kerahan

4. Hubungan diplomatik : Mengukuhkan kekuasaan dan meluaskan pengaruh
                                     : Diperkukuhkan dengan perkahwinan siasah

5. Sistem Perundangan  : Undang - undang seragam di peringkat pusat dan jajahan
                                    :  Adil dan berperikemanusiaan
                                  
6. Pelaksanaan Sistem Naungan Ekonomi : Tanah jajahan dikehendaki menbayar ufti
                                                                : Terikat dengan sistem kerahan ( Alam Melayu )

7. Peranan Sebagai Pusat Perdagangan     : Berperanan sebagai pelabuhan entrepot

8. Peranan Sebagai Pusat Keagamaan      :  Alam Melayu ( Pusat penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam )

9. Pelaksanaan Dasar Homogen               :  Keseragaman sistem mata wang, sistem sukat, perundangan

10. Klasifikasi                                          :  Empayar Daratan dan Empayar Maritim

11. Pemimpin dan Pentadbir berwibawa   : Menjayakan visi dan misi serta idealisme sesebuah empayar

Kesimpulan : Ciri - ciri dimanfaatkan untuk mengukuh, meluaskan pengaruh dan kekuasaan