Thursday, September 15, 2011

MODUL PECUTAN AKHIR

SET SOALAN PERBINCANGAN

SET A

1.       Huraikan ciri – ciri yang bandar yang muncul  dalam tamadun manusia

2.       Peradaban Neoltik menjadi penyumbang kepada pembentukan tamadun manusia.   Bincangkan.

3.       Huraikan faktor - faktor kemunculan negara kota Yunani dan perbezaan antara negara kota Athens dengan Sparta.

4.       Sejauhmana kekuatan tentera menjadi asas kepada kekuatan dan kestabilan sesebuah empayar.

5.       Huraikan strategi peperangan yang digunakan dalam perkembangan tamadun manusia.

6.       Bincangkan faktor – faktor berlakunya penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun China.

7.       Huraikan tranformasi  peradaban masyarakat Arab  Islam selepas kedatangan  agama Islam.

8.       Bincangkan kejayaan – kejayaan Nabi Muhammad sepanjang pemerintahan Baginda s.a.w. di Madinah.

9.       Nilaikan usaha – usaha yang dilakukan oleh Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan bagi mengukuhkan kerajaan yang baru dibentuknya.

10.   Huraikan faktor – faktor tercetusnya peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan strategi ketenteraan 
       yang dipraktikkan

11.   Bincangkan sumber – sumber Baitul mal dan kepentingan penubuhannya pada zaman Khalifah Umar al Khattab.

12.   Bincangkan secara perbandingan ciri – ciri agama dan kepercayaan masyarakat Islam dengan masyarakat Arab Jahiliah
 
SET B
1.       Huraikan struktur dan peranan  masyarakat dalam tamadun Mesir purba.

2.       Pengenalan aktiviti pertanian telah meninggalkan impak yang besar dalam peradaban masyarakat Prasejarah. Bincangkan.

3.       Huraikan secara perbandingan dasar pemerintahan Augustus dengan dasar Khalifah Umar al Khattab bagi mengukuhkan empayar masing – masing

4.       Bincangkan peranan yang dimainkan oleh negara – negara kota di Alam Melayu sebelum kemunculan kerajaan Melaka.

5.       Huraikan taktik peperangan yang dipratikkan dalam tamadun China

6.       Jelaskan sumbangan Cheng Ho dan Marco Polo kesan daripada aktiviti pelayaran yang dilakukan.

7.       Huraikan struktur sosial dan ciri – ciri agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam

8.       Penentangan Quraisy yang hebat telah membawa kepada peristiwa hijrah ke Madinah. Bincangkan pernyataan tersebut  dan implikasinya dari sudut sosial, ekonomi dan politik Madinah.

9.       Bincangkan faktor penggubalan dan kepentingan penggubalan Piagam Madinah.

10.   Jelaskan kejayaan – kejayaan yang dicapai oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam aspek ketenteraan.

11.   Nilaikan kepentingan zakat dan pelaksanaannya sehingga zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.

 12.  Bandingkan kehidupan mastarakat Melayu di Alam Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam.

SET C
1.       Huraikan faktor – faktor yang menyebabkan kemunculan dan perkembangan tamadun manusia di lembah sungai dengan mengemukakan contoh – contoh yang sesuai.

2.       Jelaskan faktor – faktor yang membawa kemajuan peradaban Neolitik.

3.       Merujuk kepada empayar seperti di China, India dan Alam Melayu, huraikan ciri – ciri empayar berkenaan.

4.       Jelaskan faktor kemunculan negara – negara bangsa di Eropah Barat dan usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan institusi monarki kebangsaan.

5.       Huraikan struktur organisasi ketenteraan tamadun India sebelum Islam.

6.       Huraikan faktor – faktor berlakunya aktiviti pelayaran orang – orang Eropah yang dilakukan bermula abad ke-14 dan impaknya.

7.       Bincangkan faktor – faktor penentangan golongan Yahudi di Madinah dan cara Baginda s.a.w. menanganinya.

8.       Bandingkan dasar pemerintahan kerajaan Khulafa al Rasyidin dengan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah

9.       Bandingkan konsep pemerintahan berkhalifah di Asia Barat dengan pemerintahan berbentuk kesultanan di Alam Melayu.

10.   Huraikan struktur organisasi ketenteraan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

11.   Bandingkan dari pelbagai perspektif konsep dan pelasanaan zakat dan jizyah bermula zaman Nabi Muhammad s.a.w.

12.   Bandingkan ciri – ciri sistem ekonomi Islam dengan ciri – ciri sistem ekonomi kapitalis.