Konsep Ummah
1. Pembentukan Ummah
- Bermula di Makkah lagi melalui usaha dakwah
- Dakwah dilakukan secara sulit dan terbuka; kesannya timbul penentangan dalam kalangan masyarakat Quraisy
- Pelbagai bentuk penentangan yang dilakukan; secara diplomasi dan juga kekerasan
- Nabi Muhammad s.a.w. terpaksa mengubah strategi dakwah, seperti berusaha membawa Islam ke Taif serta memperkenalkan Islam kepada rombongan haji di Makkah
- Suku Aus dan Khazraj telah membei respons yang positif, memetererai Perjanjian Aqabah yang merintis penghijrahan Nabi Muhammad dan umat Islam ke Yathrib
- Perancangan membunuh menyebabkan Rasulullah s.a.w. melakukan hijrah pada tahun 622 Masihi
- Impaknya, negara Islam terbentuk di Madinah dan bagi melengkapkan negara Islam tersebut, Piagam Madinah digubal yang membawa kepada pengenalan konsep ummah
2. Pengertian Ummah
- Bahasa : masyarakat
- Al Quran : manusia dan jin
- Piagam Madinah: masyarakat Islam dan bukan Islam yang berada di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
3. Penyatuan Ummah
- Menyatukan Aus dan Khazraj
- Mempersaudarakan Ansar dengan Muhajirin
- Menggubal Piagam Madinah
- Melaksanakan amalan syura
- Memperkenalkan sistem ekonomi Islam
- Menubuhkan angkatan tentera Islam
- Menyingkirkan golongan Yahudi