Tuesday, June 28, 2011

PERANG BADAR

Nilaikan Kepentingan Perang Badar Kepada Umat Islam. 
Pengenalan :
  • Konsep perang/jihad dalam Islam.
  • Perang Badar merupakan peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah (624 Masihi) di lembah Badar di luar kota Madinah.
  • Perang Badar merupakan peperangan yang berlaku di antara 313 orang Islam Madinah diketuai oleh Nahi Muhammad s.a.w. dengan 1000 ozang kaum Musyrikin Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal.
Peristiwa Perang Badar
  • Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk berperang menentang musuh – apabila turunnya ayat dari Surah al-Baqarah: 19 dan Surah al-Haj: 39-40.
  • Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari Sham pimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota Madinah. Oleh yang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar menyiasat dan menyekat kafilah tersebut.
  •  Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas beliau mengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan.
  • Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-1000 orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya bukan sahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap dan menghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda.
  • Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada Abu Jahal yang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat kafilah Abu Suffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orang­orang Islam terkejut melihat tentera musuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar bukan untuk berperang.
  • Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi mendapat pertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam.
  • Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang – 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3 daripada pihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili oleh Ali bin Abu Talib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala pihak Musyrikin Mekah pula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, al­Walid bin Uthah, dan Shaibah bin al-Rahiah. Dalam pertarungan tersebut, ketiga­tiga pahlawan Musyrikin Mekah dapat ditewaskan.
  • Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan, penyatuan dan keyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. tentera Islam telah mencapai kemenangan. Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera Islam telah gugur syahid, manakala pihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan.
Isi :
Kepentingan Perang Badar
  • Perang Badar merupakan peristiwa yang amat penting kepada umat Islam. Kerana sekiranya umat Islam tewas, maka berkemungkinan akan berakhirlah pengaruh Islam yang telah dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dipohon oleh baginda dalam doa.
  • Perang Badar juga adalah dugaan yang paling besar kepada umat Islam kerana mereka buat kali pertama berperang, di samping bilangan mereka terlalu sedikit, berbanding pihak Musyrikin Mekah yang bersenjata terialu ramai dengan nisbah 1:3. Menunjukkan kualiti lebih utama daripada kuantiti.
  • Dalam peperangan ini, umat Islam tidak membuat persediaan dari segi fizikal, namun Allah s.w.t. telah menolong mereka dengan menurunkan tentera – seribu malaikat bagi memusnahkan pihak musuh.
  • Keadaan ini menguntungkan umat Islam kerana pengaruh Musyrikin Mekah semakin merosot. Kaum Musyrikin Mekah kehilangan ramai pahlawan yang handal seperti Abu Jahal, Utbah bin al-Rabiah, Shaibah ar-Rabiah dan lain-lain.
  • Peristiwa Badar ini juga turut menjadi rangsangan kepada umat Islam bagi menghadapi tentangan daripada pihak Musyrikin seterusnya, di samping memperkukuhkan lagi keimanan mereka dan meningkatkan keyakinan kepada Allah s.w.t.
  • Kekalahan pihak Musyrikin Mekah ini juga menyebabkan mereka tidak lagi menjadi kuasa yang teragung di Semenanjung Tanah Arab. Malah di kalangan kaum Quraish sendiri mereka mula meragui kebenaran kepercayaan warisan nenek moyang mereka dan mula memikirkan tentang kesahihan ajaran Islam.
  • Menekankan konsep ihsan dan musyawarah dalam perhubungan sesama manusia sebagai contohnya dalam menguruskan orang tawanan dan harta rampasan perang secara adil.
  • Bermulanya konsep jihad fisabilillah di medan peperangan bagi menjaga maruah agama, umat Islam dan negara Islam. Peperangan diteruskan juga walaupun berlaku di bulan Ramadhan.
  • Mengajar kepada umat Islam mengenai etika peperangan.
  • Kepimpinan          Rasulullah                                s.a.w         sebagai . pemimpin agung.       Membuktikan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w sebagai perancang strategi dalam menghadapi peperangan.
  • Pentingnya nilai-nilai sabar takwa clan tawakal dalam menghadapi dugaan dancabaran.
  • Mengutamakan aspek pendidikan.
Kesimpulan :
Perang Badar merupakan peperangan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan. Kekalahan pihak musuh merupakan tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin mereka kerana la berlaku adalah di luar dugaan dan mereka berazam untuk menuntut bela terhadap umat Islam.

Sumber : Weblog Cg Jumali
               TQ

     

Friday, June 17, 2011

SOALAN PERTENGAHAN 2011

BAHAGIAN A

1.          “Perubahan - perubahan peradaban masyarakat daripada pemungut-pemburu ( gathering food ) kepada manusia yang menjalankan kegiatan pertanian ( growing food ) pada zaman Neolitik berpunca daripada pengenalan aktiviti pertanian.” Jelaskan.

2.          Bincangkan struktur sosial masyarakat di Lembah Indus sebelum kedatangan orang – orang Aryan.

3.          Huraikan kepentingan kemunculan negara kota di Alam Melayu.

4.          Kekuatan tentera menjadi asas pembentukan sesebuah empayar.  Bincangkan.

5.          Bincangkan sebab – sebab tercetusnya peperangan dalam perkembangan tamadun  manusia.

6.          Huraikan ciri – ciri organisasi ketenteraan tamadun Melayu sebelum kemunculan empayar Melaka.

7.          Jelaskan asas kekuatan ekonomi perdagangan yang menjadi penyumbang kepada keunggulan empayar Rom dari zaman Republik hingga kurun ke-2 Masihi.

8.          Bandingkan ciri-ciri pemerintahan Shih Huang Ti dengan ciri – ciri pemerintahan khalifah Umar bin Abdul  Aziz.

BAHAGIAN B

9.          Bincangkan peradaban masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam mengikut pandangan al Quran.

10.      Huraikan usaha - usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam menangani masalah yang ditimbulkan oleh pelbagai masyarakat di Madinah.

11.      Masyarakat zaman Khulafa al Rasyidin terdiri daripada pelbagai golongan. Huraikan.

12.      Jelaskan konsep khalifah dan cara – cara perlantikannya dalam konteks pemerintahan kerajaan Khulafa al Rasyidin.

13.      Huraikan kandungan – kandungan utama Piagam Madinah.

14.      Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang berwibawa amat ketara sebaik  sahaja Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah. Bincangkan.


15.      Bandingkan dasar pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Khulafa al-Rasyidin dengan Kerajaan Bani Umaiyah.

16.      Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat
SOALAN TOV 2011


SULIT

BAHAGIAN A

1.                  Huraikan ciri – ciri peradaban masyarakat Prasejarah Akhir.

2.                  Bincangkan kesan – kesan aktiviti pertanian terhadap peradaban masyarakat Prasejarah.

3.                  Jelaskan faktor – faktor kemunculan dan perkembangan tamadun manusia di kawasan lembah sungai.

4.                  Jelaskan ciri – ciri bandar yang muncul dalam tamadun Mohenjo Daro dan Harrapa.

5.                  Huraikan ciri – ciri sesebuah empayar dengan merujuk empayar seperti di China, Rom dan India.

6.                  Bandingkan kekuasaan pemerintah di Alam Melayu dengan kekuasaan khalifah pada zaman Khulafa al Rasyidin.

BAHAGIAN B

7.                  Bincangkan konsep manusia dan fungsinya mengikut pandangan Islam.

8.                  Kedatangan Islam telah mengubah peradaban tamadun Arab. Bincangkan.

9.                  Bincangkan ciri - ciri kehidupan masyarakat Yathrib sebelum kedatangan Islam.

10.              Huraikan usaha - usaha dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad  s.a.w. dan ajaran – ajaran yang dibawa oleh Baginda s.a.w.  di Makkah.

11.              Huraikan faktor – faktor penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah dan kesan – kesannya.

12.              Bincangkan peranan Nabi Muhammad s.a.w.  dalam usaha menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah.

Etika Peperangan

Terbahagi kepada tiga situasi:
a) sebelum peperangan
    - menyeru musuh menerima Islam
    - memastikan musuh membayar jizyah
    - berperang sekiranya diperangi
b) semasa peperangan
    - tidak membunuh golongan lemah; wanita, kanak - kanak dan orang tua
    - tidak menganiaya jasad yang terbunuh
    - tidak memusnahkan harta awam / persendirian
    - akur dengan arahan pemimpin
c)  selepas peperangan
     - melayan tawanan perang dengan adil / baik
     - mengagihkan harta kekayaan secara sama rata

*** Pastikan ada contoh yang relevan; bersesuaian dengan situasi

Monday, June 6, 2011

Negara Kota Di Alam Melayu

Faktor - Faktor Kemunculan
- kedudukan yang strategik
- bentuk muka bumi 
- bekalan sumber ekonomi yang produktif
- kewujudan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar
- peranan pemerintah ; berwibawa, berpandangan jauh
- kekuatan tentera; menonjolkan legasi
Peranan / Kepentingan Negara Kota
- berperanan sebagai pusat ekonomi
    * pelabuhan persinggahan
    * pusat pengumpulan
    * pelabuhan entrepot
-  asas kemunculan kerajaan maritim
-  peranan sebagai pusat keagamaan - Hindu - Buddha
-  perintis kepada pembentukan empayar di Alam Melayu; dimulai oleh Srivijaya
-  asas kepada jalinan hubungan diplomatik - didedahkan kekayaan yang dimiliki

Thursday, April 21, 2011

Khalifah Umar al Khattab

Pembaharuan Dalam Pemerintahan dan Pentadbiran
1. Menginstitusikan Majlis Syura
2. Membahagikan negara Islam kepada lapan buah wilayah
3. Mewujudkan sistem birokrasi di peringkat pusat dan jajahan
4. Memperkenalkan undang - undang pentadbiran tanah
5. Menjadikan institusi Baitul mal berfungsi sesecara sistematik dan formal
6. Memperkenalkan sistem ekonomi yang seragam dan adil
7. Menubuhkan Jabatan Tentera secara formal
8. Memastikan syiar Islam berkembang
9. Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan - jabatan lain

Wednesday, April 20, 2011

Piagam Madinah

Faktor -faktor Penggubalan Piagam
- Mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
- Asas penyelelesaian masalah yang dihadapi oleh warga Madinah khususnya dalam kalangan umat Islam
- Menjamin suasana yang harmonis dalam kalangan masyarakat dan negara Islam
- Menghapuskan tradisi serta belenggu amalan jahiliah
- Memastikan keselamatan negara Islam Madinah daripada sebarang ancaman
- Menjadi asas perundangan negara - undang - undang tertinggi negara
- Mengehadkan eksploitasi kaum Yahudi sama ada dalam aspek politik mahupun ekonomi