Wednesday, March 23, 2011

Kesan Kedatangan Islam

Tamadun Islam di Alam Melayu
1. Akidah
    - kepercayaan terhadap Tuhan Yang Esa
    - penghayatan Rukun Iman dan Rukun Islam
2. Pemikiran
    - tercetus revolusi mental
    - berpandukan al Quran
3. Politik
    - pengenalan institusi kesultanan ( kerajaan Melayu bercorak Islam )
    - peranan ulama sebagai penasihat pemerintah
    - hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam
4. Sosial
    - pengenalan konsep persamaan taraf
    - penghayatan konsep persuadaraan
5. Ekonomi
    - pengenalan sistem ekonomi Islam
    - peranan kerajaan sebagai pelabuhan entrepot
6. Pendidikan dan Ilmu pengetahuan
    - penekanan aspek meuntut ilmu
    - peranan istana sebagai institusi pendidikan
    - terbentuk sekolah agama  seperti pondok dan dayah
    - pengenalan tulisan Jawi
    - kosa kata bahasa Melayu bertambah
7. Kesusasteraan
    - pengenalan sastera bercorak Islam - karya tasawwuf
    - syair, nazam diperkenalkan ( unsur Islam diterapkan )
8. Undang - undang
    - pengaruh Islam dalam Hukum Adat
    - pengenalan hukum hudud, qisas, diat dan takzir

MASYARAKAT DI ALAM MELAYU

FAKTOR - FAKTOR PENERIMAAN ISLAM
1. Perdagangan
2. Perkahwinan
3. Pendakwahan
4. Penaklukan
5. Kesetiaan kepada raja
6. Kekaburan ajaran Hindu - Buddha
7. Kekosongan jiwa masyarakat
8. Kelebihan ajaran Islam

Thursday, March 17, 2011

Kepentingan Piagam Madinah

1. al Quran merupakan undang - undang tertinggi negara
2. Nabi Muhammad s.a.w diiktiraf sebagai pemimpin oleh golongan Islam dan bukan Islam
3. Peranan ketua kabilah tidak diketepikan
4. Merealisasikan konsep persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam
5. Penghapusan semangat assabiyah
6. Asas kepada kekuatan negara Islam - saling bekerjasama mempertahankan negara
7. Pemulihan ekonomi umat Islam
8. Pengusiran golongan Yahudi
9. Penyebaran agama Islam terjamin

Perlembagaan Madinah

Kandungan - kandungan Utama Piagam Madinah

Mengandungi 47 fasal : 23 diperuntukkan kepada golongan Islam  selebihnya diperuntukkan kepada golongan bukan Islam

1. Perlembagaan bersumberkan wahyu dan norma - norma masyarakat
2. Nabi Muhammad s.a.w. disiytiharkan sebagai ketua negara
3. Pengenalan konsep ummah
4. Kewajipan orang - orang Islam hidup bekerjasama
5. Kewajipan mempertahankan negara - tanggungjawab bersama
6. Kebebasan beragama
7. Aman selagi taat dengan Piagam dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Pemerinttahan Negara Islam

DASAR - DASAR NABI MUHAMMAD

1. Menghapuskan semangat assabiyah
2. Menggubal Piagam Madinah
3. Menjadikan Islam sebagai asas perundangan
4. Menjadikan amalan syura asas pentadbiran
5. Memperkenalkan sistem ekonomi Islam
6. Menubuhkan angkatan tentera
7. Mengusir golongan Yahudi
8. Mengawasi golongan munafik

# Isi sama sebagaimana tindakan Nabi Muhammad s.a.w. menyatukan masyarakat di Madinah
# Huraian dan pengolahan isi mesti menyentuh DASAR Nabi Muhammad s.a.w.

Wednesday, March 16, 2011

SOALAN PERBINCANGAN II

1. Jelaskan peranan golongan Muhajirin dan Ansar pada zaman Nabi Muhammad Islam di Makkah dan Madinah

2. Huraikan kelompok masyarakat dan kepentingannya pada zaman kerajaan Khulafa al Rasyidin

Masyarakat Kerajaan Islam


MASYARAKAT ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu :
a) golongan Ansar
b) golongan Muhajirin
c) golongan Yahudi

MASYARAKAT ZAMAN KHULAFA AL RASYIDIN

Terbahagi kepada beberapa golongan iaitu:
a) golongan Arab beragama Islam
b) golongan Mawali ( golongan Arab beragama Islam )
c) golongan Ahl al Ayyam
d) golongan Ahli al Qurra'
e) golongan al Riddah
f) golongan Syiah
g) golongan Khawarij
h) golongan bukan Islam
     - kafir zimmi
     - kafir harbi

Penyatuan Ummah

Langkah - langkah Penyatuan Masyarakat ( Pengukuhan Ummah ) Di Madinah

1. Penghapusan semangat assabiyah
    - penyatuan golongan Aus dan Khazraj melalui konsep persaudaraan dan penerapan iman
    - persaudaraan dalam kalangan golongan Muhajirin dan Ansar
    - penerimaan Nabi Muhammad sebagai pemimpin negara dan masyarakat Madinah
2. Penggubalan Piagam Madinah
    - pengiktirafan Nabi Muhammad sebagai ketua; tempat rujukan dan penyelesaian masalah
    - pengenalan konsep ummah; memupuk kerjasama sesama umat Islam dan golongan bukan Islam
      dengan umat Islam
3. Pengenalan konsep syura
    - memberi peluang kepada warga Madinah mengambil bahagian dalam urusan pentadbiran
    - mengelak rasa tidak puas hati golongan - golongan tertentu
4. Pembinaan Masjid Nabawi
    - bukan sekadar menjadi tempat ibadat, bahkan merapatkan hubungan sesama umat Islam; pasti  
      menghidupkan roh persaudaraan
    - menjadi markas atau pusat pentadbiran kerajaan Islam - pelaksanaan prinsip dan amalan syura
5.  Pengenalan sistem ekonomi Islam
    - memperkenalkan sistem ekonomi yang menghapuskan segala amalan penindasan
    - menghapuskan eksploitasi atau monopoli aktiviti ekonomi oleh kaum Yahudi
    - mengagihkan harta kekayaan secara sama rata - kewajipan berzakat dan galakan bersedekah
6. Penubuhan tentera negara Islam
    - kewajipan bersama mempertahankan negara ( termasuk golongan bukan Islam )
    - umat Islam menggembleng tenaga berjihad mempertahankan agama, maruah dan negara Islam
7.  Berwaspada terhadap golongan munafik
    - Nabi Muhammad mengarahkan umat Islam sentiasa berhati - hati berhubungan dengan golongan
      ini
    - Larangan membunuh golongan ini - dibimbangi akan dipolitikkan oleh musuh Islam khasnya puak
      Yahudi
8.  Pengusiran golongan Yahudi
     - tindakan golongan ini menghuru - harakan n ialah golonegara dan mengkhianati Piagam Madinah
     - golongan Yahudi yang diusir ialah Bani Qainuqa' diikuti Bani Nadhir dan Bani Quraizah

Kesimpulan
    - Pengusiran Yahudi bermakna konsep ummah merujuk kepada umat Islam
    - Keadaan negara menjadi aman dan masyarakat hidup dalam keadaan harmoni