Wednesday, March 16, 2011

Penyatuan Ummah

Langkah - langkah Penyatuan Masyarakat ( Pengukuhan Ummah ) Di Madinah

1. Penghapusan semangat assabiyah
    - penyatuan golongan Aus dan Khazraj melalui konsep persaudaraan dan penerapan iman
    - persaudaraan dalam kalangan golongan Muhajirin dan Ansar
    - penerimaan Nabi Muhammad sebagai pemimpin negara dan masyarakat Madinah
2. Penggubalan Piagam Madinah
    - pengiktirafan Nabi Muhammad sebagai ketua; tempat rujukan dan penyelesaian masalah
    - pengenalan konsep ummah; memupuk kerjasama sesama umat Islam dan golongan bukan Islam
      dengan umat Islam
3. Pengenalan konsep syura
    - memberi peluang kepada warga Madinah mengambil bahagian dalam urusan pentadbiran
    - mengelak rasa tidak puas hati golongan - golongan tertentu
4. Pembinaan Masjid Nabawi
    - bukan sekadar menjadi tempat ibadat, bahkan merapatkan hubungan sesama umat Islam; pasti  
      menghidupkan roh persaudaraan
    - menjadi markas atau pusat pentadbiran kerajaan Islam - pelaksanaan prinsip dan amalan syura
5.  Pengenalan sistem ekonomi Islam
    - memperkenalkan sistem ekonomi yang menghapuskan segala amalan penindasan
    - menghapuskan eksploitasi atau monopoli aktiviti ekonomi oleh kaum Yahudi
    - mengagihkan harta kekayaan secara sama rata - kewajipan berzakat dan galakan bersedekah
6. Penubuhan tentera negara Islam
    - kewajipan bersama mempertahankan negara ( termasuk golongan bukan Islam )
    - umat Islam menggembleng tenaga berjihad mempertahankan agama, maruah dan negara Islam
7.  Berwaspada terhadap golongan munafik
    - Nabi Muhammad mengarahkan umat Islam sentiasa berhati - hati berhubungan dengan golongan
      ini
    - Larangan membunuh golongan ini - dibimbangi akan dipolitikkan oleh musuh Islam khasnya puak
      Yahudi
8.  Pengusiran golongan Yahudi
     - tindakan golongan ini menghuru - harakan n ialah golonegara dan mengkhianati Piagam Madinah
     - golongan Yahudi yang diusir ialah Bani Qainuqa' diikuti Bani Nadhir dan Bani Quraizah

Kesimpulan
    - Pengusiran Yahudi bermakna konsep ummah merujuk kepada umat Islam
    - Keadaan negara menjadi aman dan masyarakat hidup dalam keadaan harmoni

No comments:

Post a Comment