SOALAN PERBINCANGAN PASCA PERCUBAAN
BAHAGIAN A
1. Huraikan tindakan kerajaan British bagi menangani penentangan bersenjata golongan
komunis mulai tahun 1948.
2. Bincangkan cabaran - cabaran yang dihadapi dalam pembentukan Malaysia khususnya
negeri - negeri yang terbabit dengan gagasan tersebut.
3. Nilaikan perjuangan golongan Kaum Muda dalam membangkitkan semangat
nasionalisme khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu selepas
Perang Dunia Kedua.
4. Galurkan proses kemerdekaan Perseketuan Tanah Melayu bermula daripada tahun
1955.
5. Bincangkan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha membangunkan
Malaysia.
6. Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman sepanjang perkhidmatannya sebagai
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.
7. Bincangkan peranan Raja - raja Melayu sebelum campur tangan British.
8. Jelaskan kaedah - kaedah yang digunakan oleh British untuk campur tangan di
Negeri - negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.
9. Sejauh manakah faktor ekonomi yang punca pertapakan British di Negeri -
negeri Melayu.
10. Bincangkan kesan - kesan perkembangan perusahaan getah dan bijih timah
di Negeri - negeri Melayu.
11. Sejauh manakah faktor politik menyebabkan kebangkitan orang - orang Melayu
menentang penjajahan British seperti di Negeri - negeri Melayu, Sabah dan
Sarawak
Tuesday, October 8, 2013
Monday, September 30, 2013
SOALAN PERBINCANGAN
1.
Bincangkan ciri – ciri
masyarakat maritim di Portugal
2.
Huraikan ciri masyarakat
industri di Eropah Barat dengan merujuk England dan Jerman
3.
Jelaskan kedudukan dan
kekuasaan pemerintah di China
4.
Bincangkan kekuasaan raja
mutlak di England dan Perancis
5.
Huraikan ciri – ciri negara
kesatuan dan persekutuan dengan merujuk Perancis dan Amerika Syarikat
6.
Jelaskan sebab – sebab konflik
antara negara Barat dengan China
7.
Huraikan faktor – faktor
kebangkitan orang – orang China terhadap kuasa Barat
8.
Bincangkan sebab pembabitan
Jepun dalam Perang Dunia II
9.
Huraikan punca dan impak
daripada peristiwa atau konflik antara Amerika dan Soviet Union selepas Perang
Dunia II
10.
Nilaikan tujuan penubuhan NATO
11.
Bincangkan peranan United
Kingdom dalam pertubuhan Komanwel dalam bidang politik dan sosioekonomi
Friday, September 27, 2013
NEGARA BANGSA
Konsep Raja Mutlak
- Merujuk kepada pemerintahan sebuah kerajaan yang diketuai
oleh individu yang berkuasa mutlak
- Kekuasaan raja adalah tidak terbatas; merangkumi segala
aspek sama ada politik, ekonomi, mahupun sosial dan
sebagainya
- Raja yang dilantik dikaitkan dengan utusan Tuhan; konsep
Devine Rights of Kings
- Rakyat terpaksa akur dengan segala titah perintah raja;
segala titah kata raja juga dianggap undang - undang
- Kewujudan pemerintahan raja mutlak inin dikaitkan
dengan pembentukan negara bangsa / monarki
kebangsaan ( nation states )
- Di England, konsep raja mutlak dikaitkan dengan peranan
Raja Henry VII yang mengasaskan Dinasti Tudor
- Di Perancis, pula kemunculan monarki kebangsaan ditandai
dengan kemunculan keluarga Volois di bawah Raja Louis
Konsep Raja Berperlembagaan
- Merujuk kepada pemerintahan yang dketuai oleh seorang
raja, namun kekuasaan yang dimiliki dibatasi oleh Parlimen
atau perlembagaan
- Dalam pemerintahan raja berperlembagaan, raja dianggap
simbol perpaduan dan lambang kesetiaan rakyat
- Dalam pemerintahan ini, Parlimen menjadi badan tertinggi
yang mempunyai kekuasaan
- Di England, pembentukan Raja Berperlembagaan berlaku
apabila berlakunya Revolusi Cemerlang

PEMBESAR
PERANAN PEMBESAR
CHINA
Merupakan golongan Mandarin yang mendapat status pembesar melalui peperiksaan awam.
Golongan pembesar juga terdiri daripada sida-sida yang berkhidmat untuk maharaja di istana.
Selain itu, golongan pahlawan juga tergolong di dalam kategori ini, mereka merupakan
pendokong kepada kewujudan dan keteguhan seseorang Maharaja.
Memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara sebagai pembantu Maharaja dalam
pemerintahan dan pentadbiran di peringkat pusat. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming,
golongan pembesar menganggotai institusi Sekretariat Agung, Enam Badan Menteri dan
Censorate (Lembaga Penapis)
Para Pembesar China menganggotai jabatan-jabatan penting dalam kerajaan yang membantu
Maharaja dalam pemerintahan, jabatan-jabatan tersebut ialah seperti Jabatan Awam, Jabatan Perang,
Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai, dan Jabatan Upacara dan
Adat Istiadat.
Mengetuai pemerintahan peringkat wilayah - biasanya pembesar dari golongan pahlawan dan
gentry (bijak pandai) dilanik oleh maharaja untuk mewakilinya memerintah di peringkat wilayah.
Tugas mereka ialah memastikan wilayah tersebut dalam keadaan aman dan mematuhi arahan-
arahan dari kerajaan pusat.
Pada zaman Dinasti Ming, pemerintahan peringkat wilayah diurus oleh enam orang menteri yang
memegang jawatan Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri
Keadilan dan Menteri Keria-Kerja Awam. Para Menteri ini dibantu pula oleh pembesar-pembesar
yang memegang jawatan gabenor dan penyelia daerah
PEMBESAR DI RUSSIA
Terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal (golongan boyar) dan keturunan mereka.
Golongan ini merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam pemerintahan
negara Rusia.
Pembesar Rusia juga berperanan sebagai penasihat kepada Tsar dalam pemerintahan
negara. Misalnya pada era pemerintahan Tsar Alexander I, golongan pembesar menganggotai
badan penasihat khas yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati Tsar
dalam hal ehwal berhubung dengan dasar kerajaan.
Golongan pembesar juga merupakan ahli-ahli Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah
majlis penasihat tertinggi atau parlimen yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan
dan bertindak menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan melulus dasar tertentu,
dan sistem kehakiman. Mereka juga menganggotai Zemstvo iaitu Majlis Perundangan
Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1864 oleh Tsar Alexander II.

Golongan Boyar menguasai pemerintahan peringkat
wilayah sebagai raja-raja kecil di
kawasan mereka. Mereka menggunakan sistem
feudal dalam struktur pemerintahan mereka.
Mereka merupakan anggota Dewan
Perhimpunan Wilayah. Pada era pemerintahan
Tsar Alexander II, golongan
bangsawan (tuan tanah) juga menganggotai Zemstvo iaitu
Majlis
Perundangan Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1864. Badan ini berperanan
sebagai memungut cukai-cukai di peringkat kawasan masing-masing, serta
melaksanakan kuasa tempatan seperti menjalankan kerja-kerja menyediakan
kemudahan asas,
memberi bantuan kepada golongan miskin, dan menjaga kesihatan
awam.
Subscribe to:
Posts (Atom)