Friday, September 27, 2013

PEMBESAR

PERANAN PEMBESAR

CHINA

Merupakan golongan Mandarin yang mendapat status pembesar melalui peperiksaan awam. 
Golongan pembesar juga terdiri daripada sida-sida yang berkhidmat untuk maharaja di istana. 
Selain itu, golongan pahlawan juga tergolong di dalam kategori ini, mereka merupakan 
pendokong kepada kewujudan dan keteguhan seseorang Maharaja.

Memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara sebagai pembantu Maharaja dalam 
pemerintahan dan pentadbiran di peringkat pusat. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming, 
golongan pembesar menganggotai institusi Sekretariat Agung, Enam Badan Menteri dan  
Censorate (Lembaga Penapis)

Para Pembesar China menganggotai jabatan-jabatan penting dalam kerajaan yang membantu 
Maharaja dalam pemerintahan, jabatan-jabatan tersebut ialah seperti Jabatan Awam, Jabatan Perang, 
Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai, dan Jabatan Upacara dan 
Adat Istiadat.

Mengetuai pemerintahan peringkat wilayah -  biasanya pembesar dari golongan pahlawan dan 
gentry (bijak pandai) dilanik oleh maharaja untuk mewakilinya memerintah di peringkat wilayah. 
Tugas mereka ialah memastikan wilayah tersebut dalam keadaan aman dan mematuhi arahan-
arahan dari kerajaan pusat. 

Pada zaman Dinasti Ming, pemerintahan peringkat wilayah diurus oleh enam orang menteri yang 
memegang jawatan Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri 
Keadilan dan Menteri Keria-Kerja Awam. Para Menteri ini dibantu pula oleh pembesar-pembesar 
yang memegang jawatan gabenor dan penyelia daerah


 


PEMBESAR DI RUSSIA


Terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal (golongan boyar) dan keturunan mereka. 
Golongan ini merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam pemerintahan 
negara Rusia.

Pembesar Rusia juga berperanan sebagai penasihat kepada Tsar dalam pemerintahan 
negara. Misalnya pada era pemerintahan Tsar Alexander I, golongan pembesar menganggotai 
badan penasihat khas yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati Tsar 
dalam hal ehwal berhubung dengan dasar kerajaan.
 
Golongan pembesar juga merupakan ahli-ahli Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah 
majlis penasihat tertinggi atau parlimen yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan
dan bertindak menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan melulus dasar tertentu, 
dan sistem kehakiman. Mereka juga menganggotai Zemstvo iaitu Majlis Perundangan 
Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1864 oleh Tsar Alexander II.



Golongan Boyar menguasai pemerintahan peringkat wilayah sebagai raja-raja kecil di 
kawasan mereka. Mereka menggunakan sistem feudal dalam struktur pemerintahan mereka. 
Mereka merupakan anggota Dewan Perhimpunan Wilayah. Pada era pemerintahan 
Tsar Alexander II, golongan bangsawan (tuan tanah) juga menganggotai Zemstvo iaitu 
Majlis Perundangan Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1864. Badan ini berperanan 
sebagai memungut cukai-cukai di peringkat kawasan masing-masing, serta 
melaksanakan kuasa tempatan seperti menjalankan kerja-kerja menyediakan kemudahan asas, 
memberi bantuan kepada golongan miskin, dan menjaga kesihatan awam.
 


No comments:

Post a Comment