Tuesday, October 8, 2013

SEJARAH KERTAS 3

SOALAN PERBINCANGAN PASCA PERCUBAAN

BAHAGIAN A

1. Huraikan tindakan kerajaan British bagi menangani penentangan bersenjata golongan
    komunis mulai tahun 1948.

2. Bincangkan cabaran - cabaran yang dihadapi dalam pembentukan Malaysia khususnya
   negeri - negeri yang terbabit dengan gagasan tersebut.

3.  Nilaikan perjuangan golongan Kaum Muda dalam membangkitkan semangat
      nasionalisme khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu selepas
      Perang Dunia Kedua.

4.  Galurkan proses kemerdekaan Perseketuan Tanah Melayu bermula daripada tahun
     1955.

5.   Bincangkan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha membangunkan
      Malaysia.

6.   Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman sepanjang perkhidmatannya sebagai
      Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.

7.   Bincangkan peranan Raja - raja Melayu sebelum campur tangan British.

8.   Jelaskan kaedah - kaedah yang digunakan oleh British untuk campur tangan di
      Negeri - negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.

9.   Sejauh manakah faktor ekonomi yang punca pertapakan British di Negeri -
      negeri Melayu.

10.  Bincangkan kesan - kesan perkembangan perusahaan getah dan bijih timah
       di Negeri - negeri Melayu.

11.  Sejauh manakah faktor politik menyebabkan kebangkitan orang - orang Melayu
       menentang penjajahan British seperti di Negeri - negeri Melayu, Sabah dan
       Sarawak


Monday, September 30, 2013

SOALAN PERBINCANGAN



1.       Bincangkan ciri – ciri masyarakat maritim di Portugal
2.       Huraikan ciri masyarakat industri di Eropah Barat dengan merujuk England dan Jerman
3.       Jelaskan kedudukan dan kekuasaan pemerintah di China
4.       Bincangkan kekuasaan raja mutlak di England dan Perancis
5.       Huraikan ciri – ciri negara kesatuan dan persekutuan dengan merujuk Perancis dan Amerika Syarikat
6.       Jelaskan sebab – sebab konflik antara negara Barat dengan China
7.       Huraikan faktor – faktor kebangkitan orang – orang China terhadap kuasa Barat
8.       Bincangkan sebab pembabitan Jepun dalam Perang Dunia II
9.       Huraikan punca dan impak daripada peristiwa atau konflik antara Amerika dan Soviet Union selepas Perang Dunia II
10.   Nilaikan tujuan penubuhan NATO
11.   Bincangkan peranan United Kingdom dalam pertubuhan Komanwel dalam bidang politik dan sosioekonomi

Friday, September 27, 2013

NEGARA BANGSA

Konsep Raja Mutlak
- Merujuk kepada pemerintahan sebuah kerajaan yang diketuai
  oleh individu yang berkuasa mutlak
- Kekuasaan raja adalah tidak terbatas; merangkumi segala
   aspek sama ada politik, ekonomi, mahupun sosial dan
   sebagainya
- Raja yang dilantik dikaitkan dengan utusan Tuhan; konsep
   Devine Rights of Kings
- Rakyat terpaksa akur dengan segala titah perintah raja;
  segala titah kata raja juga dianggap undang - undang
- Kewujudan pemerintahan raja mutlak inin dikaitkan
   dengan pembentukan negara bangsa / monarki
   kebangsaan ( nation states )
- Di England, konsep raja mutlak dikaitkan dengan peranan
   Raja Henry VII yang mengasaskan Dinasti Tudor
- Di Perancis, pula kemunculan monarki kebangsaan ditandai
  dengan kemunculan keluarga Volois di bawah  Raja Louis

Konsep Raja Berperlembagaan
- Merujuk kepada pemerintahan yang dketuai oleh seorang
  raja, namun kekuasaan yang dimiliki dibatasi oleh Parlimen
  atau perlembagaan
- Dalam pemerintahan raja berperlembagaan, raja dianggap
  simbol perpaduan dan lambang kesetiaan rakyat
- Dalam pemerintahan ini, Parlimen menjadi badan tertinggi
  yang mempunyai kekuasaan
- Di England, pembentukan Raja Berperlembagaan berlaku
  apabila berlakunya Revolusi Cemerlang

 




PEMBESAR

PERANAN PEMBESAR

CHINA

Merupakan golongan Mandarin yang mendapat status pembesar melalui peperiksaan awam. 
Golongan pembesar juga terdiri daripada sida-sida yang berkhidmat untuk maharaja di istana. 
Selain itu, golongan pahlawan juga tergolong di dalam kategori ini, mereka merupakan 
pendokong kepada kewujudan dan keteguhan seseorang Maharaja.

Memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara sebagai pembantu Maharaja dalam 
pemerintahan dan pentadbiran di peringkat pusat. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming, 
golongan pembesar menganggotai institusi Sekretariat Agung, Enam Badan Menteri dan  
Censorate (Lembaga Penapis)

Para Pembesar China menganggotai jabatan-jabatan penting dalam kerajaan yang membantu 
Maharaja dalam pemerintahan, jabatan-jabatan tersebut ialah seperti Jabatan Awam, Jabatan Perang, 
Jabatan Hukuman, Jabatan Perkhidmatan, Jabatan Hasil dan Cukai, dan Jabatan Upacara dan 
Adat Istiadat.

Mengetuai pemerintahan peringkat wilayah -  biasanya pembesar dari golongan pahlawan dan 
gentry (bijak pandai) dilanik oleh maharaja untuk mewakilinya memerintah di peringkat wilayah. 
Tugas mereka ialah memastikan wilayah tersebut dalam keadaan aman dan mematuhi arahan-
arahan dari kerajaan pusat. 

Pada zaman Dinasti Ming, pemerintahan peringkat wilayah diurus oleh enam orang menteri yang 
memegang jawatan Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri 
Keadilan dan Menteri Keria-Kerja Awam. Para Menteri ini dibantu pula oleh pembesar-pembesar 
yang memegang jawatan gabenor dan penyelia daerah


 


PEMBESAR DI RUSSIA


Terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal (golongan boyar) dan keturunan mereka. 
Golongan ini merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam pemerintahan 
negara Rusia.

Pembesar Rusia juga berperanan sebagai penasihat kepada Tsar dalam pemerintahan 
negara. Misalnya pada era pemerintahan Tsar Alexander I, golongan pembesar menganggotai 
badan penasihat khas yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati Tsar 
dalam hal ehwal berhubung dengan dasar kerajaan.
 
Golongan pembesar juga merupakan ahli-ahli Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah 
majlis penasihat tertinggi atau parlimen yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan
dan bertindak menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan melulus dasar tertentu, 
dan sistem kehakiman. Mereka juga menganggotai Zemstvo iaitu Majlis Perundangan 
Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1864 oleh Tsar Alexander II.



Golongan Boyar menguasai pemerintahan peringkat wilayah sebagai raja-raja kecil di 
kawasan mereka. Mereka menggunakan sistem feudal dalam struktur pemerintahan mereka. 
Mereka merupakan anggota Dewan Perhimpunan Wilayah. Pada era pemerintahan 
Tsar Alexander II, golongan bangsawan (tuan tanah) juga menganggotai Zemstvo iaitu 
Majlis Perundangan Tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1864. Badan ini berperanan 
sebagai memungut cukai-cukai di peringkat kawasan masing-masing, serta 
melaksanakan kuasa tempatan seperti menjalankan kerja-kerja menyediakan kemudahan asas, 
memberi bantuan kepada golongan miskin, dan menjaga kesihatan awam.