Friday, March 10, 2017

STPM 2017

PENGGAL 2

Pembentukan Ummah

- Usaha pembentukan ummah dimulakan di Makkah
- Proses pembentukan ummah berlaku secara evolusi dan terancang
  a) usaha dakwah secara rahsia dan terang - terangan
  b) cabaran daripada pemimpin dan masyarakat Quraisy
  c) termeterainya Perjanjian Aqabah
  d) penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah
  e) penggubalan Piagam Madinah

Cabaran Dalam Pembentukan Ummah

Sebab - sebab Penentangan Kaum Quraisy
  a) faktor agama dan kepercayaan
      - bertentangan dengan tradisi nenek moyang
      - takutkan pembalasan hari akhirat
      - tidak memahami konsep taubat
  b) faktor sosial
      - menjatuhkan maruah golongan bangsawan
      - ajaran Islam dikatakan mengongkong kehidupan
      - mengehadkan keseronokan duniawi
   c) faktor ekonomi
      - menjejaskan sumber pendapatan
      - kota Makkah akan sepi; hilang status sebagai pusat perdagangan
   d) faktor politik
      - cemburu akan bakat kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
      - kebimbangan Bani Hasyim akan menguasai kota Makkah

   Bentuk Cabaran Daripada Kaum Quraisy
   a)  menghina dengan perbuatan dan perkataan
   b)  kompromi agama / bertukar - tukar menyembah Tuhan
   c)  menawarkan pangkat, gelaran, dan perempuan
   d)  melakukan pemulauan
   e)  menyeksa penganut agama Islam
   f)  merancang melakukan pembunuhan ke atas Nabi Muhammad SAW







Saturday, January 2, 2016

Kejahilan Masyarakat Arab Jahiliah

Sebab Kemunculan Kepelbagaian Agama dan Kepercayaan

1. Warisan Tradisi Moyang
    -  menerima tanpa sebarang bantahan / kritikan
    -  agama warisan yang popular ialah penyembahan berhala
    -  di Makkah terdapat lebih kurang 360 buah patung berhala
       di keliling kaabah

2.  Pengaruh Asing
    -   Bangsa Parsi memperkenalkan agama Majusi ( penyembahan
        api )
    -   Bangsa Yahudi menyesasatkan agama yang dibawa oleh Nabi
        Musa;  memperkenalkan penyembahan patung anak lembu
    -   Rom memperkenalkan agama Kristian, memperkenalkan konsep
        Trinity

3.  Tindakan Pendeta Agama
     -  Pendeta mempunyai kepentingan tersendiri, kitab - kitab terdahulu
        diselewengkan
     -  Kitab Taurat diselewengkan oleh pendeta Yahudi
     -  Kitab Injil diselewengkan oleh rahib Nasrani menyebabkan wujudnya
        agama Kristian

4.    Pengaruh Persekitaran
      -  Timbulnya pelbagai kepercayaan yang karut atau tahyul
      -  Percaya wujudnya kuasa yang memerhatikan kehidupan dan urusan
         mereka
      - Percaya kuasa - kuasa cakrawala mempunyai kekuatan tersendiri, sama
        ada bulan, bintang dan matahari
      - Timbul juga kepercayaan sesuatu objek mempunyai roh; impaknya timbul
         kepercayaan animisme dalam kalangan masyarakat

Wednesday, May 27, 2015

MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

ERA KESYOGUNAN TOKUGAWA

1. Susun lapis atau struktur masyarakat feudal dapat dibahagikan
    kepada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
2. Golongan pemerintah terdiri daripada:
     a)  maharaja
     b)  syogun
     c)  daimyo
     d)  samurai
3.  Golongan yang diperintah terdiri daripada:
     a)  petani
     b ) tukang
     c)  pedagang
 4.  Maharaja menduduki hierarki tertinggi, namun kuasa sebenar berada
      di tangan Syogun, sentiasa mengawasi raja dengan meletakkan Kuge
      sebagai pemantau
5.  Maharaja hanya sekadar lambang perpaduan dan penyatuan masyarakat
     Jepun
6.  Pemerintah sebenar pada era ini ialah Syogun, bagi mengukuhkan kuasa
     Syogun memperkenalkan:
     a) dasar pecah dan perintah
     b) pelaksanaan sistem bakufu
     c) pelaksanaan sistem sankin kotai
7.  Syogun dibantu oleh golongan bangsawan yang mempunyai pengaruh yang
     luas, terbahagi kepada
     a) Daimyo Fudai
     b) Daimyo Shimpan
     c) Daimyo Tozama
8.  Samurai bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan, mencurahkan kesetiaan
     kepada syogun dan daimyo
9.  Petani dianggap golongan mulia kerana peranannya membekalkan makanan
     sepanjang tahun, mendapat pendidikan, namun dikehendaki membayar cukai
     sebagai balasan
10.Golongan tukang atau artis terbahagi kepada golongan mahir dan tidak mahir
11. Pedagang dianggap golongan paling bawah dan hina, tindakannya meraih keuntungan
      hingga mengabaikan kebajikan golongan lain menyebabkan golongan ini dianggap
      sedemikian rupa
MASYARAKAT FEUDAL

KONSEP

1     Masyarakat berhierarki, kedudukan, kekuasaan, pengaruh bergantung kepada
       pemilikan tanah.
2.    Di Eropah, kewujudan masyarakat feudal dikesan sejak Zaman Pertengahan;
       dikenali sebagai Zaman Feudal / Zaman Gelap di Eropah
3.    Ciri - ciri masyarakat feudal:
        a)  wujud golongan pemerintah dan golongan
             yang diperintah
        b)  ada hubungan timbal balas antara golongan
             pemerintah dengan golongan yang diperintah
        c)  tanah - penentu kepada kekayaan individu
        d)  wujud golongan dominan dalam masyarakat

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND

1.    Wujud dua golongan utama dalam masyarakat, golongan pemerintah terdiri
        daripada:
        a) golongan raja
        b) golongan bangsawan
        c) golongan knight
2.     Golongan yang diperintah pula terdiri daripada:
         a) golongan petani  -  petani bebas dan serf
         b) hamba
3.     Pembentukan monarki kebangsaan yang dipelopori oleh Raja Henry VII
        telah mengubah imej masyarakat feudal di England, golongan raja kini
        mendominasi masyarakat feudal, sedangkan golongan bangsawan kian
        merosot pengaruhnya
4.     Raja Henry VII yang mengasaskan Dinasti Tudors telah muncul sebagai
        pemegang kuasa tertinggi, namun begitu kuasa baginda tetap dibatasi
        oleh Magna Carta
5.     Kemuncuan Dinasti Stuart di bawah pimpinan James I membawa perubahan
        kedudukan, status dan peranan raja. Baginda telah mengenepikan peranan
        Parlimen dan Magna Carta sebaliknya mengisyitiharkan dirinya sebagai
        pemerintah berkuasa mutlak.
6.     Bagi mengukuhkan pengaruh dan kekuasaan, Raja James I telah mengisytihar
        dirinya sebagai Devine Rights of Kings ( bertaraf suci ) dan diutuskan oleh
        Tuhan
7.     Penerusan pemerintahan raja berkuasa mutlak diteruskan oleh Charles I dan
        James II sehingga berlakunya Revolusi Cemerlang yang membawa kepada
        wujudnya raja berperlembagaan.
8.     Golongan bangsawan juga mengalami perubahan dari segi status dan peranan,
        sekiranya Zaman Pertengahan, merupakan golongan paling berpengaruh,
        namun pembentukan monarki kebangsaan menyebabkan pengaruhnya kian
        merosot
9.     Semasa era pemerintahan raja berkuasa mutlak wujud persaingan antara
        golongan bangsawan yang mengisi kerusi di Parlimen dengan raja,
        kemuncak persaingan golongan raja dikalahkan yang membawa kepada
        pembentukan raja berperlembagaan
10.   Golongan knight juga kian merosot dan kian hilang dalam masyarakat feudal
        di England selepas pembentukan monarki kebangsaan, sebelum ini golongan
        knight merupakan tentera peribadi kepada golongan bangsawan, namun
        selepas pembentukan monarki kebangsaan, tentera ini dibubarkan dan digantikan
        dengan tentera diraja yang dibayar gaji yang tetap
11.   Bagi yang enggan meneruskan perkhidmatan, akan berperanan sebagai rakyat
        biasa khususnya serf, menjalani kehidupan sebagai petani yang terikat
        kepada tuan tanah atau golongan bangsawan
12.   Golongan petani bebas atau yeoman merupakan golongan yang mengerjakan
        tanah untuk keperluan sendiri, manakala serf pula merupakan golongan petani
        yang terikat kepada tuan tanah, segala aktiviti kehidupan hanya berlaku di
        sekitar manor masing - masing
13.   Berikutan perkembangan ekonomi kapitalisme di England, petani - petani ini
        mula membebaskan diri daripada tuan tanah ditambah dengan peluang pekerjaan
        yang banyak terdapat di bandar apatah lagi 'cengkaman' golongan bangsawan
        kian longgar
14.   Perkembangan ekonomi berkenaan juga menyaksikan kemunculan golongan
        baharu yang dikenali sebagai borjuis yang terdiri daripada saudagar atau
        pedagang atau pelabur yang memiliki modal yang besar.
15.   Golongan ini agak mewah serta sanggup membayar cukai yang tinggi kepada raja
        demi mendapatkan keamanan bagi melindungi kepentingan ekonomi mereka.

SOALAN PERBINCANGAN

1.     Jelaskan struktur sosial masyarakat feudal di England pada abad ke- 16 dan
        abad ke-17 Masihi

2.     Huraikan ciri  -  ciri  masyarakat feudal di England pada abad ke- 16 dan
        abad ke- 17 Masihi

3.     Masyarakat feudal di England mula menglami perubahan ekoran pembentukan
        monarki kebangsaan. Bincangkan.  ( HOTS )
 
  

Friday, January 9, 2015

SEJARAH ISLAM 940/2

MASYARAKAT JAHILIAH

STRUKTUR MASYARAKAT

1. Masyarakat terbahagi kepada dua kelompok utama:
    - Badwi
    - Hadhari
2. Kedua  - dua masyarakat hidup berkabilah; diketuai oleh pemimpin
    bergelar Syeikh Kabilah
3. Kewujudan fahaman atau semangat assabiyah yang menghidupkan kabilah
    berkenaan
4. Masyarakat terbahagi kepada kelas bangsawan dan bawahan. Kemuliaan seseorang
    atau kabilah ditentukan berdasarkan keturunan, kekuatan, ilmu, harta dan sebagainya

Tuesday, October 8, 2013

SEJARAH KERTAS 3

SOALAN PERBINCANGAN PASCA PERCUBAAN

BAHAGIAN A

1. Huraikan tindakan kerajaan British bagi menangani penentangan bersenjata golongan
    komunis mulai tahun 1948.

2. Bincangkan cabaran - cabaran yang dihadapi dalam pembentukan Malaysia khususnya
   negeri - negeri yang terbabit dengan gagasan tersebut.

3.  Nilaikan perjuangan golongan Kaum Muda dalam membangkitkan semangat
      nasionalisme khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu selepas
      Perang Dunia Kedua.

4.  Galurkan proses kemerdekaan Perseketuan Tanah Melayu bermula daripada tahun
     1955.

5.   Bincangkan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha membangunkan
      Malaysia.

6.   Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman sepanjang perkhidmatannya sebagai
      Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.

7.   Bincangkan peranan Raja - raja Melayu sebelum campur tangan British.

8.   Jelaskan kaedah - kaedah yang digunakan oleh British untuk campur tangan di
      Negeri - negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak.

9.   Sejauh manakah faktor ekonomi yang punca pertapakan British di Negeri -
      negeri Melayu.

10.  Bincangkan kesan - kesan perkembangan perusahaan getah dan bijih timah
       di Negeri - negeri Melayu.

11.  Sejauh manakah faktor politik menyebabkan kebangkitan orang - orang Melayu
       menentang penjajahan British seperti di Negeri - negeri Melayu, Sabah dan
       Sarawak


Monday, September 30, 2013

SOALAN PERBINCANGAN



1.       Bincangkan ciri – ciri masyarakat maritim di Portugal
2.       Huraikan ciri masyarakat industri di Eropah Barat dengan merujuk England dan Jerman
3.       Jelaskan kedudukan dan kekuasaan pemerintah di China
4.       Bincangkan kekuasaan raja mutlak di England dan Perancis
5.       Huraikan ciri – ciri negara kesatuan dan persekutuan dengan merujuk Perancis dan Amerika Syarikat
6.       Jelaskan sebab – sebab konflik antara negara Barat dengan China
7.       Huraikan faktor – faktor kebangkitan orang – orang China terhadap kuasa Barat
8.       Bincangkan sebab pembabitan Jepun dalam Perang Dunia II
9.       Huraikan punca dan impak daripada peristiwa atau konflik antara Amerika dan Soviet Union selepas Perang Dunia II
10.   Nilaikan tujuan penubuhan NATO
11.   Bincangkan peranan United Kingdom dalam pertubuhan Komanwel dalam bidang politik dan sosioekonomi