Wednesday, May 27, 2015

MASYARAKAT FEUDAL

KONSEP

1     Masyarakat berhierarki, kedudukan, kekuasaan, pengaruh bergantung kepada
       pemilikan tanah.
2.    Di Eropah, kewujudan masyarakat feudal dikesan sejak Zaman Pertengahan;
       dikenali sebagai Zaman Feudal / Zaman Gelap di Eropah
3.    Ciri - ciri masyarakat feudal:
        a)  wujud golongan pemerintah dan golongan
             yang diperintah
        b)  ada hubungan timbal balas antara golongan
             pemerintah dengan golongan yang diperintah
        c)  tanah - penentu kepada kekayaan individu
        d)  wujud golongan dominan dalam masyarakat

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND

1.    Wujud dua golongan utama dalam masyarakat, golongan pemerintah terdiri
        daripada:
        a) golongan raja
        b) golongan bangsawan
        c) golongan knight
2.     Golongan yang diperintah pula terdiri daripada:
         a) golongan petani  -  petani bebas dan serf
         b) hamba
3.     Pembentukan monarki kebangsaan yang dipelopori oleh Raja Henry VII
        telah mengubah imej masyarakat feudal di England, golongan raja kini
        mendominasi masyarakat feudal, sedangkan golongan bangsawan kian
        merosot pengaruhnya
4.     Raja Henry VII yang mengasaskan Dinasti Tudors telah muncul sebagai
        pemegang kuasa tertinggi, namun begitu kuasa baginda tetap dibatasi
        oleh Magna Carta
5.     Kemuncuan Dinasti Stuart di bawah pimpinan James I membawa perubahan
        kedudukan, status dan peranan raja. Baginda telah mengenepikan peranan
        Parlimen dan Magna Carta sebaliknya mengisyitiharkan dirinya sebagai
        pemerintah berkuasa mutlak.
6.     Bagi mengukuhkan pengaruh dan kekuasaan, Raja James I telah mengisytihar
        dirinya sebagai Devine Rights of Kings ( bertaraf suci ) dan diutuskan oleh
        Tuhan
7.     Penerusan pemerintahan raja berkuasa mutlak diteruskan oleh Charles I dan
        James II sehingga berlakunya Revolusi Cemerlang yang membawa kepada
        wujudnya raja berperlembagaan.
8.     Golongan bangsawan juga mengalami perubahan dari segi status dan peranan,
        sekiranya Zaman Pertengahan, merupakan golongan paling berpengaruh,
        namun pembentukan monarki kebangsaan menyebabkan pengaruhnya kian
        merosot
9.     Semasa era pemerintahan raja berkuasa mutlak wujud persaingan antara
        golongan bangsawan yang mengisi kerusi di Parlimen dengan raja,
        kemuncak persaingan golongan raja dikalahkan yang membawa kepada
        pembentukan raja berperlembagaan
10.   Golongan knight juga kian merosot dan kian hilang dalam masyarakat feudal
        di England selepas pembentukan monarki kebangsaan, sebelum ini golongan
        knight merupakan tentera peribadi kepada golongan bangsawan, namun
        selepas pembentukan monarki kebangsaan, tentera ini dibubarkan dan digantikan
        dengan tentera diraja yang dibayar gaji yang tetap
11.   Bagi yang enggan meneruskan perkhidmatan, akan berperanan sebagai rakyat
        biasa khususnya serf, menjalani kehidupan sebagai petani yang terikat
        kepada tuan tanah atau golongan bangsawan
12.   Golongan petani bebas atau yeoman merupakan golongan yang mengerjakan
        tanah untuk keperluan sendiri, manakala serf pula merupakan golongan petani
        yang terikat kepada tuan tanah, segala aktiviti kehidupan hanya berlaku di
        sekitar manor masing - masing
13.   Berikutan perkembangan ekonomi kapitalisme di England, petani - petani ini
        mula membebaskan diri daripada tuan tanah ditambah dengan peluang pekerjaan
        yang banyak terdapat di bandar apatah lagi 'cengkaman' golongan bangsawan
        kian longgar
14.   Perkembangan ekonomi berkenaan juga menyaksikan kemunculan golongan
        baharu yang dikenali sebagai borjuis yang terdiri daripada saudagar atau
        pedagang atau pelabur yang memiliki modal yang besar.
15.   Golongan ini agak mewah serta sanggup membayar cukai yang tinggi kepada raja
        demi mendapatkan keamanan bagi melindungi kepentingan ekonomi mereka.

SOALAN PERBINCANGAN

1.     Jelaskan struktur sosial masyarakat feudal di England pada abad ke- 16 dan
        abad ke-17 Masihi

2.     Huraikan ciri  -  ciri  masyarakat feudal di England pada abad ke- 16 dan
        abad ke- 17 Masihi

3.     Masyarakat feudal di England mula menglami perubahan ekoran pembentukan
        monarki kebangsaan. Bincangkan.  ( HOTS )
 
  

No comments:

Post a Comment