Wednesday, May 27, 2015

MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

ERA KESYOGUNAN TOKUGAWA

1. Susun lapis atau struktur masyarakat feudal dapat dibahagikan
    kepada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
2. Golongan pemerintah terdiri daripada:
     a)  maharaja
     b)  syogun
     c)  daimyo
     d)  samurai
3.  Golongan yang diperintah terdiri daripada:
     a)  petani
     b ) tukang
     c)  pedagang
 4.  Maharaja menduduki hierarki tertinggi, namun kuasa sebenar berada
      di tangan Syogun, sentiasa mengawasi raja dengan meletakkan Kuge
      sebagai pemantau
5.  Maharaja hanya sekadar lambang perpaduan dan penyatuan masyarakat
     Jepun
6.  Pemerintah sebenar pada era ini ialah Syogun, bagi mengukuhkan kuasa
     Syogun memperkenalkan:
     a) dasar pecah dan perintah
     b) pelaksanaan sistem bakufu
     c) pelaksanaan sistem sankin kotai
7.  Syogun dibantu oleh golongan bangsawan yang mempunyai pengaruh yang
     luas, terbahagi kepada
     a) Daimyo Fudai
     b) Daimyo Shimpan
     c) Daimyo Tozama
8.  Samurai bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan, mencurahkan kesetiaan
     kepada syogun dan daimyo
9.  Petani dianggap golongan mulia kerana peranannya membekalkan makanan
     sepanjang tahun, mendapat pendidikan, namun dikehendaki membayar cukai
     sebagai balasan
10.Golongan tukang atau artis terbahagi kepada golongan mahir dan tidak mahir
11. Pedagang dianggap golongan paling bawah dan hina, tindakannya meraih keuntungan
      hingga mengabaikan kebajikan golongan lain menyebabkan golongan ini dianggap
      sedemikian rupa

No comments:

Post a Comment