Monday, September 23, 2013

MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA



Ciri - ciri Masyarakat Agraria

1. Mendirikan petempatan dan mengusahakan kegiatan pertanian di kawasan persisiran laut / pantai. 
    Kawasan berkenaan merupakan kawasan laut yang ditebus guna bagi menambah keluasan aktiviti
    pertanian

2. Masyarakat menjalankan aktiviti pertanian:
    a) tanaman sara diri khususnya tanaman bijirin seperti gandum; tidak mencukupi terpaksa diimport drp 
        Perancis
    b) tanaman dagangan  dijalankan bagi tujuan komersial
         - hem
         - madder
         - biji cole
         - bunga tulip
         - bunga hop

3. Masyarakat menjalankan aktiviti penternakan
    a) lembu daging
    b) lembu tenusu

4.  Masyarakat menggunakan pelbagai kaedah tanaman:
     a)  tanaman giliran
     b)  pertanian campur
     c)  sistem batas
     d) tanaman berjajar / deretan
     e) penggunaan baja secara ekstensif

5.  Masyarakat menggunakan peralatan yang dapat meningkatkan pengeluaran
      a) bajak
      b) kincir
      c) penabur benih

6.  Menjalankan aktiviti menebus guna tanah
     a) menambak laut 
     b) menambak tasik
     c) mengeringkan air sehingga membentuk dataran yang sesuai dgn akt. pertanian



















 



























11.     Masyarakat agraria juga  mengusahakan kegiatan penternakan binatang terutama lembu tenusu  untuk pengeluaran hasil tenusu. Ia adalah untuk kegunaan penduduk tempatan dan juga dieksport ke Jerman dan kawasan Flanders.
12.     Hasil tenusu seperti susu segar, mentega dan keju dieksport dalam jumlah yang banyak ke England, Perancis dan Sepanyol.
13.     Permintaan hasil tenusu yang tinggi menyaksikan berlakunya “revolusi harga” terutama bagi hasil keju yang menguntungkan masyarakat agraria di sini. Hasil keju juga dieksport ke Perancis dan selatan Eropah. Pada abad ke-17, Perancis muncul sebagai pasaran penting bagi keju yang dikeluarkan oleh petani-petani Belanda.
14.     Berhubung dengan aktiviti penternakan lembu daging, lebu – lembi ini disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660. Pada tahun 1662, terdapat catatan yang menyatakan sebanyak 2,000 ekor lembu telah dieksport oleh VOC (Syarikat Hindia Timur Belanda) ke Hindia Timur (Indonesia) setiap tahun.
15.     Masyarakat agraria Belanda di desa turut  mengusahakan industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant sebagai kerja sampingan. Mereka mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar, menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan sehingga tahun 1568
16.     Pun begitu, golongan petani di Belanda turut menghadapi masalah, antaranya ialah cabaran atau saingan dari pengusaha besar. Sepanjang abad ke-16 juga menyaksikan petani-petani Belanda menghadapi masalah memenuhi permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian.
Golongan ini tidak dapat menyaingi pengusaha besar yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis yang bermatlamatkan keuntungan

Friday, September 20, 2013

CIRI - CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA

1. Mendirikan petempatan di kawasan yang subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian
    a) lembah Sg Yangtze
    b) lembah Sg Kuning

2. Mengusahakan tanaman:
    a) tanaman  padi sawah
    b) tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat dan sekoi

3. Memanfaatkan kemudahan teknologi pengairan
    a) Khususnya zaman Dinasti Ming
    b) Fungsi sistem pengairan:
        - mengairi kawasan pertanian
        - mengawal aliran air
        - membekalkan air secukupnya
        - memastikan tidak berlaku limpahan ( bina tetambak / benteng )

4. Menggunakan peralatan yang dapat meningkatkan pengeluaran:
    a) tenggala penabur benih 
    b) penyisir tanah
    c) penggiling
    d) kolar kuda
    e) sabit
    f) cangkul

5. Menggunakan pelbagai kaedah penanaman baharu
    a) tanaman bergilir
    b) tanaman dua musim
    c) mengkhususkan aktiviti tanaman
    d) memperkenalkan tanaman baharu untuk dikomersialkan
    e) penggunaan baja secara ekstensif

6.  Peranan Pemerintah
     a) Tanah dikuasai oleh golongan bangsawan
     b) Melaksanakan sistem pao chia; ladang kolektif - petani diawasi golongan feudal
     c) Zaman Dinasti Ming terdapat pembaharuan seperti cukai tanah dikurangkan, galakan pembukaan tanah baharu, menggalakkan tanaman baharu
     d) Menyediakan sistem pengairan
     e) menyediakan pasar bagi memudahkan petani menjual barangan / hasil pertanian

Thursday, September 19, 2013

KULIAH 3

MASYARAKAT AGRARIA

TAKRIFAN :  Merujuk kepada masyarakat yang menjalankan aktiviti berorientasikan aktiviti pertanian.  Sehubungan dengan itu, aktiviti yang dikaitkan dengan masyarakat ini ialah:
a) bercucuk tanam
b) menternak binatang
c) menangkap ikan
d) memburu
e) memungut hasil hutan dan hasil laut

CIRI - CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI  BELANDA

a)  Mendirikan petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian di kawasan persisiran pantai
b)  Mengusahakan aktiviti bercucuk tanam:
      - tanaman sara diri khususnya bijirin  seperti gandum
      - tanaman dagangan khususnya bermula pada abad ke-17 Masihi seperti biji cole, madder, bunga tuli bunga hop, hem
c)  Menjalankan aktiviti penternakan lembu:
     - Lembu daging
     - Lembu tenusu
d)  Menggunakan teknologi tinggi dalam aktiviti pertanian
     - menjalankan aktiviti tebus guna tanah di kawasan tasik dan pantai
     - mampu mengeringkan air tasik membentuk dataran
     - menggunakan peralatan seperti mesin penabur biji benih dan bajak
e)  Menggunakan pelbagai kaedah tanaman
     - kaedah penanaman bergilir
     - kaedah / sistem batas
     - kaedah tanama secara deretan


      


 Lo

KULIAH 2

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND



A.      SUSUN LAPIS  MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND

1.        Golongan raja

  • Kekuasaan raja di England  pada abad ke-16 bermula apabila Raja Henry VII berjaya menamatkan Perang Bunga Ros yang melibatkan dua keluarga bangsawan - York dan Lancaster. Beliau telah menggunakan kewibawaannya  termasuk membubarkan tentera peribadi golongan bangsawan sebaliknya menubuhkan tentera diraja, menghapuskan penggunaan simbol tertentu dan menubuhkan Majlis Diraja
  • Raja Henry VII yang telah menubuhkan Dinasti Tudors bertindak memusatkan kuasa di tangannya, namun kuasanya dibatasi oleh perlembagaan England yang dikenali sebagai Magna Carta
  • Berakhirnya Dinasti Tudors telah membawa kepada muncilnya Dinasti Stuarts di bawah pimpinan Raja James I. Raja James I berusaha memusatkan kekuasaannya dengan mengenepikan Magna Carta serta menganggap dirinya raja yang diutuskan oleh Tuhan.
  •  Raja James I juga mengenepikan golongan bangsawan dan golongan gereja termasuk institusi Parlimen; beliau menganggap kesemua institusi harus berkhidmat kepadanya dan bukannya untuk berkongsi kuasa.
  • Dasar Raja James I telah diteruskan oleh Raja Charles I sehingga mengundang konflik dengan institusi Parlimen serta membawa kepada tercetusnya perang saudara yang membawa kepada kejatuhan Raja Charles
  •  Namun abad ke-17, senario politik di England sekali lagi berubah apabila berlakunya Revolusi Cemerlang, Raja Englang yang baharu iaitu William of Orange dan Ratu Mary telah dipaksa oleh ahli Parlimen menandatangani pengisytiharan  akur dengan kekuasaan Parlimen dan sekaligus akan berperanan sebagai Raja Berperlembagaan di England.


2.       Golongan Bangsawan
-          Sejak zaman feudal lagi, golongan bangsawan merupakan golongan yang berpengaruh dalam kegiatan politik, ekonomi, dan sosial masyarakat England.
-          Pada zaman awal ini, golongan bangsawan dikenali sama ada sebagai baron, lord atau vassal bergantung kepada pemilikan sejumlah tanah di England.
-          Pada abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan terdiri daripada individu yang menganggotai Parlimen; merangkumi tuan – tuan tanah, golongan pertengahan ( borjuis ) dan golongan gentry yang terdiri daripada pengusaha ladang, pemilik bank, golongan intelektual, dan sebagainya.
-          Peringkat awal sebelum raja memulihkan kuasanya, golongan ini amat berpengaruh dalam masyarakat; berlaku hubungan timbal balik antara golongan ini dengan kelas bawahan seperti para petani atau serf.
-          Sehubungan dengan itu, pada era pembentukan monarki kebangsaan, golongan bangsawan ini telah dianugerahkan dengan gelaran tertentu  seperti duke, baron, lord, earl dan sebagainya bagi memastikan kedudukan golongan ini dihormati oleh rakyat biasa.
-          Pada abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan tetap menjadi cabaran kepada institusi beraja; sebagai anggota Parlimen mereka  berusaha untuk mengehadkan kuasa raja
-          Kejayaan terebsar golongan bangsawan ialah memaksa William of Orange menandatangani pengisytiharan konsep Raja Berperlembagaan.

3.       Golongan Knight
-          Peringkat awal, golongan ini menjadi penentu kepada kekuatan  dan pengaruh golongan bangsawan tertentu. Golongan knight bersedia mencurahkan khidmat dan kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menganugerahkan tanah kepada mereka.
-          Pembentukan negara bangsa telah menyebabkan  kedudukan golongan knight mula tergugat, apabila raja yang berusaha memulihkan kuasa telah mengarahkan semua golongan bangsawan membubarkan tentera peribadi masing – masing.
-          Ada sesetengah knight kini berkhidmat sebagai tentera diraja dengan mendapat gaji yang tetap, malah kepopularitian golongan ini kian merosot apabila keanggotaan sebagai anggota tentera turut dibuka kepada para petani dan rakyat biasa.

4.       Golongan Borjuis
-          Merujuk kepada kelas menengah yang bertanggungjawab menjana pendapatan  dan membangunkan negara England selepas bangkit daripada Zaman Gelap
-          Golongan ini juga bertindak sebagai pendokong institusi raja di England, sanggup membayar cukai  bagi memastikan keamanan yang akan memberikan pulangan yang lumayan dalam aktiviti ekonomi termasuk pelaburan   modal dalam sektor terntu.
-          golonagn bertanggungjawab membuka institusi kewangan bagi memastikan aktiviti ekonomi berkembang pesat khususnya menggunakan mata wang.
-          Abad ke-16 dan abad ke-17, golongan ini mendominasi intistusi Parlimen disebabkan kekayaan yang dimilikinya sekaligus dapat bersaing dengan golongan bangsawan  sebelum ini.

5.       Golongan Petani
-          Merupakan golongan yang berada di bawah penguasaan golongan bangsawan.
-          Pada zaman feudal, golongan petani terbahagi kepada dua iaitu petani bebas yang dikenali sebagai Yeoman yang memiliki tanah sendiri dan menggunakan peralatan tradisional untuk menghasilkan produktiviti.
-          Segolongan lagi ialah petani yang terikat dengan tuan – tuan tanah; berad di bawah pengawasan tuan – tuan tanah, membayar cukai dan dikehendaki berkhidmat sebagai buruh  kepada tuan – tuan tanah.
-          Petani sebegini terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh tuan – tuan tanah, dan kehidupan mereka hanya sekitar manor masing - masing  dengan kemudahan yang terbatas. 
-          Pun begitu, menjelang abad ke-16 dan abad ke-17, golongan ini mula membebaskan diri daripada tuan – tuan tanah ekoran perkembangan ekonomi yang pesat serta kini berkhidmat  sebagai buruh di kilang – kilang yang terletak di bandar.

6.       Golongan Tukang / Artis
-          Bertanggungjawab menghasilkan barangan dan peralatan yang digunakan dalam kehidupan harian.
-          Barangan yang dihasilkan oleh golongan ini dijual kepada penduduk yang memerlukan terutamanya di bandar – bandar.
-          Oleh sebab perkembangan ekonomi yang pesat, golongan tukang yang memiliki modal yang besar bertindak menubuhkan persatuan bukan sahaja melindungi barangan yang dihasilkan malah  dapat menjaga kebajikan serta kepentingan mereka dalam mendepani pelbagai kelas masyarakat di England

7.       Golongan Buruh
-          Merupakan golongan yang berada dalam lapisan bawah sistem kelas masyarakat di England
-          Pada zaman awal feudal, golongan ini lebih dkenali sebagai serf; kehidupan dibelenggu oleh tuan – tuan tanah atau golongan bangsawan.
-          Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi golongan ini akhirnya membebaskan diri daripada tuan – tuan tanah  untuk berkhidmat di kilang – kilang di bandar – bandar seperti Liverpool, Manchester, London dan sebagainya
-          Namun disebabkan memiliki kemahiran yang terhad, di bandar golongan ini dihimpit dengan masalah kemiskinan.

Thursday, August 1, 2013

MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

SEJARAH DUNIA

KULIAH 1 : MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL

1. Golongan Pemerintah
    a)  Maharaja
    b)   Syogun
    c)   Daimyo
    d)   Samurai

2.  Golongan Yang Diperintah
     a) Petani
     b) Artis
     c) Pedagang

Peranan / Kepentingan
     a)  Maharaja -   simbol perpaduan dalam kalangan masyarakat feudal Jepun; kuasa
                              terbatas
     b)  Syogun    -    pemerintah sebenar; atas nama maharaja
     c)   Daimyo  -    pentadbir bagi pihak Syogun terutamanya yang mempunyai hubungan
                                keluarga seperti Daimyo Fudai dan Shimpan
     d)   Samurai   -   menjaga keselamatan
     e)   Petani     -   diangggap mulai; membekal makanan namun dikehendaki membayar
                              cukai
     f)    Artis       -   menghasilkan barangan / peralatan golongan pemerintah
     g)   Pedagang  -  dianggap golongan hina, namun ,menjadi penting pada akhir
                                pemerintahan Kesyogunan Tokugawa;  memberi hutang kepada
                                samurai


Saturday, February 16, 2013

Kuliah 8

Khalifah Abu Bakar al Siddiq

Sumbangan

  • Menyelesaikan isu perlantikan pengganti Nabi Muhammad s.a.w. berikutan Baginda s.a.w. tidak meninggalkan sebarang wasiat
  • Menggerakkan tentera ke Ghassan di bawah pimpinan Uthamah bin Zaid yang ditangguhkan ekoran kewafatan Baginda s.a.w. Tentera ini memperoleh kemenangan dan dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan kota Madinah.
  • Menghapuskan ancaman golongan al Riddah yang terdiri daripada kumpulan nabi palsu, murtad dan enggan membayar zakat yang merosakkan kesucian agama Islam dan menghuru - harakan politik negara Islam 
  • Mengumpul semula ayat -ayat al Quran pada satu tempat, berikutan kematian ramai penghafal ayat -ayat al Quran dalam kempen al Riddah; diketuai oleh Zaid bin Thabit.
  • Membahagikan negara Islam kepada 10 buah kawasan, bertujuan memudahkan urusan pentadbiran dan penyebaran agama Islam
  • Menggerakkan tentera Islam ke utara bagi menghadapi ancaman Rom dan ke selatan bagi menangani Parsi yang sering mencetus huru -hara dan menggugat keselamatan negara dan para pendakwah.
  • Mewasiatkan agar jawatan khalifah selepasnya diserahkan kepada Umar al Khattab demi memastikan kestabilan dan perpaduan umat Islam. Ianya sekaligus mengelak berlaku pertelagahan sesama umat Islam sebelum beliau menjawat jawatan khalifah.
Kesimpulan: KhalIifah Abu Bakar dianggap sebagai Penyelamat Negara Islam.

Khalifah Umar al Khattab

Sumbangan
  • Membahagikan negara Islam kepada 8 buah wilayah, Madinah berperanan sebagai pusat pentadbiran. Wilayah - wilayah lain ialah Makkah, Iraq, Iran, Mesir yang mempunyai  ibu kota masing - masing serta dilengkapi dengan birokrasi yang sistematik.
  • Menginstitusikan amalan syura, Majlis Syura dibentuk secara rasmi dan berperanan secara formal, bertindak sebagai penasihat Khalifah berhubung dengan dasar - dasar negara. 
  • Menubuhkan angkatan tentera secara formal, tentera dibahagikan kepada tentera tetap dan tentera simpanan yang diberikan gaji berserta elaun. Anggota tentera dikehendaki menjalani latihan lasak dan tidak dibenarkan membeli tanah - tanah di kawasan yang dikuasai. Bandar tentera telah didirikan di kawasan strategik.
  • Pembaharuan dalan bidang ketenteraan menampakkan impak yang positif, apabila musuh tradisi Islam iaitu Rom dan Parsi telah berjaya dilumpuhkan sama sekali. Di bawah kepemimpinan Abu Ubaidah al Jarrah, Khalid al Walid, Amru al As, Saad bin Abi Waqqas, Iraq, Iran, Mesir, Baitulmaqdis, Syria, Jordan telah berjaya dikuasai.
  • Memperkenalkan undang - undang pentadbiran tanah; tanah bertuan dikenakan cukai kharaj, sementara tanah tidak bertuan akan diamanahkan kepada golongan Ahli al Ayyam bagi urusan pentadbirannya. Tanah - tanah sebegini akan diberikan sekiranya ada individu berhasrat mengusahakannya.
  • Melaksanakan Baitulmal secara formal, berperanan menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara. Badan ini tadbir oleh pegawai khas yang dilantik, dan bagi memastikan pentadbirannya sistematik, buku catatan disediakan, dan di setiap tanah jajahan ditubuhkan cawangan -cawangan Baitulmal.
  • Melaksanakan dasar pencukaian yang adil dan tidak membebankan, umpamanya    memperkenalkan cukai kharaj dan cukai usyur serta meneruskan pembayaran jizyah yang dikenakan kepada orang - orang bukan Islam. Berhubung dengan zakat, sumber pendapatan ini kian meningkat disebabkan bertambahnya penganut - penganut agama Islam.
  • Menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk kegunaan rakyat, umpamanya jalan raya, sistem saliran untuk aktiviti pertanian, rumah - rumah tumpangan, masjid yang bukan sekadar tempat beribadat malah berperanan sebagai pusat pendidikan. Malah, Khalifah Umar juga telah menyediakan penjara bagi memenjarakan penjenayah yang dijatuhkan hukuman bersabit dengan kesalahan yang dilakukannya.
  • Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan - jabatan lain. Ianya bertujuan memastikan badan ini benar - benar bebas daripada campur tangan politik. Malah, perlantikan seseorang hakim melalui proses yang amat ketat dan  hakima yang dilantik menerima gaji yang tertinggi bagi mengelak penyelewengan.
Kesimpulan: Khalifah Umar al Khattab dianggap Pengasas atau Pembina Zaman Keagungan Kerajaan Islam

Friday, February 15, 2013

Kuliah 7

Institusi Khalifah

Konsep Khalifah

  • Pengertian dari sudut bahasa: pengganti
  • Dalam konteks pemerintahan, ia merujuk kepada pengganti kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi mengetuai umat Islam dan mentadbir negara Islam selepas kewafatan Baginda s.a.w.
  • Individu berkenaan akan memegang jawatan yang diistilahkan sebagai khilafah.
Kriteria Seseorang Khalifah
  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Merdeka
  • Sihat tubuh badan dan akal fikiran
  • Adil
  • Bijak bersiasah ( berpolitik )
Tanggungjawab Seseorang Khalifah
  • Menjaga kesucian agama Islam
  • Mentadbir negara berdasarkan hukum syarak
  • Mempertahankan negara daripada ancaman musuh
  • Menjaga maruah umat Islam
  • Menghapuskan sebarang kezaliman
  • Menghidupkan amalan syura
Pengesahan Perlantikan Seseorang Khalifah
  • Melalui proses baiah ( ikrar taat setia ) daripada rakyat
Cara - cara Perlantikan Seseorang Khalifah
  • Perundingan: Pemilihan Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah pertama; berlaku perbincangan antara wakil golongan Ansar dan Abu Bakar sebagai wakil golongan Muhajirin
  • Wasiat khalifah terdahulu: Perlantikan Umar al Khattab sebagai khalifah   kedua, Khalifah Abu Bakar mencadangkan perlantikan Umar bagi mengelak peristiwa pertelagahan antara golongan Ansar dan Muhajirin
  • Musyawarrah:Dikaitkan dengan pemilihan Khalifah Uthman, sebuah jawatanakuasa bermusyawarrah bagi meneliti calon yang bakal menjawat jawatan khalifah. Akhirnya, Uthman dipilih atas sebab - sebab tertentu.
  • Paksaan: Ali terpaksa menjawat jawatan khalifah disebabkan desakan para   penyokongnya, selaian terpaksa mengisi kekosongan yang ada demi kepentingan agama, umat dan negara Islam.
  • Warisan: Bermula pada zaman Bani Umaiyah, tindakan Muawiyyah yang mengisytiharkan anaknya, Yazid sebagai Putera Mahkota pada tahun 56 H. Ia menandakan ahak umat Islam memilih pemimpin berakhir, malah dipaksa memberikan baiah