MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND
A. SUSUN LAPIS
MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND
1.
Golongan raja
- Kekuasaan raja di England pada abad ke-16 bermula apabila Raja Henry VII berjaya menamatkan Perang Bunga Ros yang melibatkan dua keluarga bangsawan - York dan Lancaster. Beliau telah menggunakan kewibawaannya termasuk membubarkan tentera peribadi golongan bangsawan sebaliknya menubuhkan tentera diraja, menghapuskan penggunaan simbol tertentu dan menubuhkan Majlis Diraja
- Raja Henry VII yang telah menubuhkan Dinasti Tudors bertindak memusatkan kuasa di tangannya, namun kuasanya dibatasi oleh perlembagaan England yang dikenali sebagai Magna Carta
- Berakhirnya Dinasti Tudors telah membawa kepada muncilnya Dinasti Stuarts di bawah pimpinan Raja James I. Raja James I berusaha memusatkan kekuasaannya dengan mengenepikan Magna Carta serta menganggap dirinya raja yang diutuskan oleh Tuhan.
- Raja James I juga mengenepikan golongan bangsawan dan golongan gereja termasuk institusi Parlimen; beliau menganggap kesemua institusi harus berkhidmat kepadanya dan bukannya untuk berkongsi kuasa.
- Dasar Raja James I telah diteruskan oleh Raja Charles I sehingga mengundang konflik dengan institusi Parlimen serta membawa kepada tercetusnya perang saudara yang membawa kepada kejatuhan Raja Charles
- Namun abad ke-17, senario politik di England sekali lagi berubah apabila berlakunya Revolusi Cemerlang, Raja Englang yang baharu iaitu William of Orange dan Ratu Mary telah dipaksa oleh ahli Parlimen menandatangani pengisytiharan akur dengan kekuasaan Parlimen dan sekaligus akan berperanan sebagai Raja Berperlembagaan di England.
2.
Golongan
Bangsawan
-
Sejak
zaman feudal lagi, golongan bangsawan merupakan golongan yang berpengaruh dalam
kegiatan politik, ekonomi, dan sosial masyarakat England.
-
Pada
zaman awal ini, golongan bangsawan dikenali sama ada sebagai baron, lord atau
vassal bergantung kepada pemilikan sejumlah tanah di England.
-
Pada
abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan terdiri daripada individu yang
menganggotai Parlimen; merangkumi tuan – tuan tanah, golongan pertengahan (
borjuis ) dan golongan gentry yang terdiri daripada pengusaha ladang, pemilik
bank, golongan intelektual, dan sebagainya.
-
Peringkat
awal sebelum raja memulihkan kuasanya, golongan ini amat berpengaruh dalam
masyarakat; berlaku hubungan timbal balik antara golongan ini dengan kelas bawahan
seperti para petani atau serf.
-
Sehubungan
dengan itu, pada era pembentukan monarki kebangsaan, golongan bangsawan ini
telah dianugerahkan dengan gelaran tertentu
seperti duke, baron, lord, earl dan sebagainya bagi memastikan kedudukan
golongan ini dihormati oleh rakyat biasa.
-
Pada
abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan tetap menjadi cabaran kepada
institusi beraja; sebagai anggota Parlimen mereka berusaha untuk mengehadkan kuasa raja
-
Kejayaan
terebsar golongan bangsawan ialah memaksa William of Orange menandatangani
pengisytiharan konsep Raja Berperlembagaan.
3.
Golongan
Knight
-
Peringkat
awal, golongan ini menjadi penentu kepada kekuatan dan pengaruh golongan bangsawan tertentu.
Golongan knight bersedia mencurahkan khidmat dan kesetiaan kepada golongan
bangsawan yang menganugerahkan tanah kepada mereka.
-
Pembentukan
negara bangsa telah menyebabkan
kedudukan golongan knight mula tergugat, apabila raja yang berusaha
memulihkan kuasa telah mengarahkan semua golongan bangsawan membubarkan tentera
peribadi masing – masing.
-
Ada
sesetengah knight kini berkhidmat sebagai tentera diraja dengan mendapat gaji
yang tetap, malah kepopularitian golongan ini kian merosot apabila keanggotaan
sebagai anggota tentera turut dibuka kepada para petani dan rakyat biasa.
4.
Golongan
Borjuis
-
Merujuk
kepada kelas menengah yang bertanggungjawab menjana pendapatan dan membangunkan negara England selepas
bangkit daripada Zaman Gelap
-
Golongan
ini juga bertindak sebagai pendokong institusi raja di England, sanggup
membayar cukai bagi memastikan keamanan
yang akan memberikan pulangan yang lumayan dalam aktiviti ekonomi termasuk
pelaburan modal dalam sektor terntu.
-
golonagn
bertanggungjawab membuka institusi kewangan bagi memastikan aktiviti ekonomi
berkembang pesat khususnya menggunakan mata wang.
-
Abad
ke-16 dan abad ke-17, golongan ini mendominasi intistusi Parlimen disebabkan
kekayaan yang dimilikinya sekaligus dapat bersaing dengan golongan
bangsawan sebelum ini.
5.
Golongan
Petani
-
Merupakan
golongan yang berada di bawah penguasaan golongan bangsawan.
-
Pada
zaman feudal, golongan petani terbahagi kepada dua iaitu petani bebas yang
dikenali sebagai Yeoman yang memiliki tanah sendiri dan menggunakan peralatan
tradisional untuk menghasilkan produktiviti.
-
Segolongan
lagi ialah petani yang terikat dengan tuan – tuan tanah; berad di bawah
pengawasan tuan – tuan tanah, membayar cukai dan dikehendaki berkhidmat sebagai
buruh kepada tuan – tuan tanah.
-
Petani
sebegini terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh tuan – tuan tanah, dan
kehidupan mereka hanya sekitar manor masing - masing dengan kemudahan yang terbatas.
-
Pun
begitu, menjelang abad ke-16 dan abad ke-17, golongan ini mula membebaskan diri
daripada tuan – tuan tanah ekoran perkembangan ekonomi yang pesat serta kini
berkhidmat sebagai buruh di kilang –
kilang yang terletak di bandar.
6.
Golongan
Tukang / Artis
-
Bertanggungjawab
menghasilkan barangan dan peralatan yang digunakan dalam kehidupan harian.
-
Barangan
yang dihasilkan oleh golongan ini dijual kepada penduduk yang memerlukan
terutamanya di bandar – bandar.
-
Oleh
sebab perkembangan ekonomi yang pesat, golongan tukang yang memiliki modal yang
besar bertindak menubuhkan persatuan bukan sahaja melindungi barangan yang
dihasilkan malah dapat menjaga kebajikan
serta kepentingan mereka dalam mendepani pelbagai kelas masyarakat di England
7.
Golongan
Buruh
-
Merupakan
golongan yang berada dalam lapisan bawah sistem kelas masyarakat di England
-
Pada
zaman awal feudal, golongan ini lebih dkenali sebagai serf; kehidupan
dibelenggu oleh tuan – tuan tanah atau golongan bangsawan.
-
Sebagaimana
yang dinyatakan di awal tadi golongan ini akhirnya membebaskan diri daripada
tuan – tuan tanah untuk berkhidmat di
kilang – kilang di bandar – bandar seperti Liverpool, Manchester, London dan
sebagainya
-
Namun
disebabkan memiliki kemahiran yang terhad, di bandar golongan ini dihimpit
dengan masalah kemiskinan.
No comments:
Post a Comment