MASYARAKAT AGRARIA
TAKRIFAN : Merujuk kepada masyarakat yang menjalankan aktiviti berorientasikan aktiviti pertanian. Sehubungan dengan itu, aktiviti yang dikaitkan dengan masyarakat ini ialah:
a) bercucuk tanam
b) menternak binatang
c) menangkap ikan
d) memburu
e) memungut hasil hutan dan hasil laut
CIRI - CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA
a) Mendirikan petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian di kawasan persisiran pantai
b) Mengusahakan aktiviti bercucuk tanam:
- tanaman sara diri khususnya bijirin seperti gandum
- tanaman dagangan khususnya bermula pada abad ke-17 Masihi seperti biji cole, madder, bunga tuli bunga hop, hem
c) Menjalankan aktiviti penternakan lembu:
- Lembu daging
- Lembu tenusu
d) Menggunakan teknologi tinggi dalam aktiviti pertanian
- menjalankan aktiviti tebus guna tanah di kawasan tasik dan pantai
- mampu mengeringkan air tasik membentuk dataran
- menggunakan peralatan seperti mesin penabur biji benih dan bajak
e) Menggunakan pelbagai kaedah tanaman
- kaedah penanaman bergilir
- kaedah / sistem batas
- kaedah tanama secara deretan
Lo
No comments:
Post a Comment