Saturday, January 15, 2011

KONSEP UMMAH

Pengertian Dari Segi Bahasa

Ummah bermaksud masyarakat; iaitu sekumpulan individu yang hidup dalam sesebuah organisasi, sementara dalam al Quran istilah ummah yang disebut sebanyak 40 kali di dalamnya termasuk juga masyarakat jin.

Pengertian Dari Konteks Perlembagaan Madinah

Dalam konteks Sahifah Madinah, ummah merujuk kepada masyarakat Islam dan bukan Islam yang hidup dalam negara kota Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w.. Namun setelah golongan Yahudi dihalau keluar dari kota Madinah, maka konsep ummah hanya dijuruskan kepada golongan masyarakat Islam serta yang taat dengan Sahifah Madinah sahaja.

Komposisi Masyarakat Islam

Masyarakat Islam dalam negara Islam Madinah terdiri daripada dua kelompok besar iaitu golongan Muhajirin, iaitu golongan yang berasal dari Makkah yang berhijrah bersama – sama Rasulullah s.a.w. sementara kelompok yang kedua ialah penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku kaum Aus dan Khazraj yang bertanggungjawab memeterai Perjanjian Aqabah I dan II yang membawa kepada penghijrahan Baginda s.a.w. ke Madinah yang dikenali sebagai golongan Ansar.

Komposisi Masyarakat Bukan Islam/Yahudi

Manakala masyarakat bukan Islam pula terdiri daripada majoritinya suku kaum Yahudi; meliputi tiga suku kaum yang terbesar iaitu Yahudi Bani Qainuqa, Yahudi Bani Nadhir, dan Yahudi Bani Quraizah. Golongan inilah yang boleh diibaratkan ‘duri dalam daging’ dalam konteks masyarakat negara Islam Madinah; sering mengapi – apikan suku kaum Arab agar bertelagah antara satu sama lain.

Proses Pembentukan Ummah

Dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. sejak di Makkah lagi melalui proses pendakwahan sama ada secara sulit ataupun terang – terangan sehinggalah Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah.

3 comments:

  1. Assalamualaikum,izinkan saya untuk dijadikan rujukan

    ReplyDelete
  2. A
    ssalamualaikum saya minta izin jadikan rujukan ya.Terima kasih!!!

    ReplyDelete