Saturday, February 16, 2013

Kuliah 8

Khalifah Abu Bakar al Siddiq

Sumbangan

  • Menyelesaikan isu perlantikan pengganti Nabi Muhammad s.a.w. berikutan Baginda s.a.w. tidak meninggalkan sebarang wasiat
  • Menggerakkan tentera ke Ghassan di bawah pimpinan Uthamah bin Zaid yang ditangguhkan ekoran kewafatan Baginda s.a.w. Tentera ini memperoleh kemenangan dan dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan kota Madinah.
  • Menghapuskan ancaman golongan al Riddah yang terdiri daripada kumpulan nabi palsu, murtad dan enggan membayar zakat yang merosakkan kesucian agama Islam dan menghuru - harakan politik negara Islam 
  • Mengumpul semula ayat -ayat al Quran pada satu tempat, berikutan kematian ramai penghafal ayat -ayat al Quran dalam kempen al Riddah; diketuai oleh Zaid bin Thabit.
  • Membahagikan negara Islam kepada 10 buah kawasan, bertujuan memudahkan urusan pentadbiran dan penyebaran agama Islam
  • Menggerakkan tentera Islam ke utara bagi menghadapi ancaman Rom dan ke selatan bagi menangani Parsi yang sering mencetus huru -hara dan menggugat keselamatan negara dan para pendakwah.
  • Mewasiatkan agar jawatan khalifah selepasnya diserahkan kepada Umar al Khattab demi memastikan kestabilan dan perpaduan umat Islam. Ianya sekaligus mengelak berlaku pertelagahan sesama umat Islam sebelum beliau menjawat jawatan khalifah.
Kesimpulan: KhalIifah Abu Bakar dianggap sebagai Penyelamat Negara Islam.

Khalifah Umar al Khattab

Sumbangan
  • Membahagikan negara Islam kepada 8 buah wilayah, Madinah berperanan sebagai pusat pentadbiran. Wilayah - wilayah lain ialah Makkah, Iraq, Iran, Mesir yang mempunyai  ibu kota masing - masing serta dilengkapi dengan birokrasi yang sistematik.
  • Menginstitusikan amalan syura, Majlis Syura dibentuk secara rasmi dan berperanan secara formal, bertindak sebagai penasihat Khalifah berhubung dengan dasar - dasar negara. 
  • Menubuhkan angkatan tentera secara formal, tentera dibahagikan kepada tentera tetap dan tentera simpanan yang diberikan gaji berserta elaun. Anggota tentera dikehendaki menjalani latihan lasak dan tidak dibenarkan membeli tanah - tanah di kawasan yang dikuasai. Bandar tentera telah didirikan di kawasan strategik.
  • Pembaharuan dalan bidang ketenteraan menampakkan impak yang positif, apabila musuh tradisi Islam iaitu Rom dan Parsi telah berjaya dilumpuhkan sama sekali. Di bawah kepemimpinan Abu Ubaidah al Jarrah, Khalid al Walid, Amru al As, Saad bin Abi Waqqas, Iraq, Iran, Mesir, Baitulmaqdis, Syria, Jordan telah berjaya dikuasai.
  • Memperkenalkan undang - undang pentadbiran tanah; tanah bertuan dikenakan cukai kharaj, sementara tanah tidak bertuan akan diamanahkan kepada golongan Ahli al Ayyam bagi urusan pentadbirannya. Tanah - tanah sebegini akan diberikan sekiranya ada individu berhasrat mengusahakannya.
  • Melaksanakan Baitulmal secara formal, berperanan menyelenggarakan pendapatan dan perbelanjaan negara. Badan ini tadbir oleh pegawai khas yang dilantik, dan bagi memastikan pentadbirannya sistematik, buku catatan disediakan, dan di setiap tanah jajahan ditubuhkan cawangan -cawangan Baitulmal.
  • Melaksanakan dasar pencukaian yang adil dan tidak membebankan, umpamanya    memperkenalkan cukai kharaj dan cukai usyur serta meneruskan pembayaran jizyah yang dikenakan kepada orang - orang bukan Islam. Berhubung dengan zakat, sumber pendapatan ini kian meningkat disebabkan bertambahnya penganut - penganut agama Islam.
  • Menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk kegunaan rakyat, umpamanya jalan raya, sistem saliran untuk aktiviti pertanian, rumah - rumah tumpangan, masjid yang bukan sekadar tempat beribadat malah berperanan sebagai pusat pendidikan. Malah, Khalifah Umar juga telah menyediakan penjara bagi memenjarakan penjenayah yang dijatuhkan hukuman bersabit dengan kesalahan yang dilakukannya.
  • Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan - jabatan lain. Ianya bertujuan memastikan badan ini benar - benar bebas daripada campur tangan politik. Malah, perlantikan seseorang hakim melalui proses yang amat ketat dan  hakima yang dilantik menerima gaji yang tertinggi bagi mengelak penyelewengan.
Kesimpulan: Khalifah Umar al Khattab dianggap Pengasas atau Pembina Zaman Keagungan Kerajaan Islam

No comments:

Post a Comment