Wednesday, February 13, 2013

KULIAH 3


Perkembangan Masyarakat Islam

Zaman Nabi Muhammad s.a.w.

  1. Terdapat dua golongan utama iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin
Kedua  - dua golongan ini memainkan peranan penting bukan sahaja dalam usaha penyebaran Islam bahkan menjadi tunjang kepada pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam
  1. Menjelang kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. , penganut agama Islam kian berkembang berikutan tindakan Rasulullah s.a.w. gigih menghantar utusan dakwah bukan sahaja dalam bahkan luar Semenanjung Tanah Arab.
  2. Buktinya tatkala, Baginda s.a.w. menunaikan  haji wida', 100 000 umat Islam telah mengerjakan haji dan mendengar khutbah atau amanat terakhir Baginda s.a.w.
Zaman Khulafa al Rasyidin

  1. Islam kian berkembang pada zaman ini, terutamanya sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Hal ini disebabkan tindakan Khalifah Umar  menghantar pendakwah serta kesan daripada kempen ketenteraan yang giat dijalankan.
  2. Secara amnya, masyarakat pada zaman ini terbahagi  kepada golongan Arab dan bukan Arab.
  3. Walau bagaimanapun, pada  era ini telah timbul cabaran hebat kepada pemerintah berikutan munculnya golongan tertentu yang tidak memahami ajaran Islam sepenuhnya.
  4. Umpamanya, pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, telah muncul golongan yang dikenali sebagai golongan al Riddah, iaitu golongan nabi palsu, enggan membayar zakat, dan golongan murtad.
  5. Pada zaman pemerintahan Khalifah  Umar, masyarakat Islam semakin kompleks, berikutan kempen - kempen perluasan wilayah dijalankan. Di Iraq, umpamanya muncul golongan Ahl al Ayyam yang diberikan tanggungjawab  mentadbir tanah jajahan berkenaan.
  6. Ringkasnya, masyarakat Islam pada zaman ini terbahagi kepada beberapa kelompok,iaitu:
Golongan Arab : merupakan golongan pentadbir dan merupakan kumpulan majoriti
Golongan Mawali : golongan bukan Arab yang beragama Islam; diberikan hak sebagaimana orang bangsa Arab

Golongan Ahl al Ayyam : golongan yang diamanahkan sebagai pentadbir tanah jajahan seperti di Iraq dan Mesir

Golongan Ahli al Qurra : berasal drp golongan Ahl al Ayyam, namun yang membezakannya ialah golongan ini terdiri daripada golongan yang tidak pernah murtad.

Golongan Syiah: merupakan penyokong setia kepada Khalifah Ali, dikenali juga dengan gelaran Ahl al Bait

Golongan Khawarij: merupakan serpihan drp penyokong Khalifah Ali, muncul sebagai golongan ekstrim yang enggan menerima kepemimpinan Khalifah Ali ekoran tindakan Khalifah Ali yang  bersetuju dengan perjanjian damai dengan Muawiyyah dalam Perang Siffin serta Perjanjian Tahkim

Golongan al Riddah: merupakan golongan yang muncul pada zaman Khalifah Abu Bakar, 
tidak memahami sebenarnya ajaran Islam menyebabkan muncul golongan seperti nabi palsu, enggan membayar zakat dan murtad

Secara rumusannya, perkembangan masyarakat Islam pada zaman ini berlaku disebabkan oleh kempen pendakwahan yang dilakukan, ekpedisi ketenteraan yang berlaku,  dan sifat agama Islam yang mementingkan keamanan atau bersifat universal. 

No comments:

Post a Comment