- Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemimpin tertinggi kerajaan Islam Madinah
- Kuasa ketua - ketua kabilah dikekalkan, namun sebarang permasalahan boleh dirujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.
- Masjid Nabawi berperanan sebagai markas atau pusat pentadabiran kerajaan Islam Madinah; tempat penggubalan dasar - dasar kerajaan Madinah.
- Prinsip dan amalan syura merupakan polisi utama dalam penggubalan dasar, undang -undang serta apa - apa perkara yang berkaitan dengan polisi pemerintahan.
- Golongan Muhajirin dan golongan Ansar merupakan tunjang kepada pemerintahan kerajaan Islam; merangkumi aspek politik, pentadbiran, eekonomi, ketenteraan dan sebagainya.
- Perlembagaan Madinah merupakan undang - undang tertinggi negara; berlandaskan wahyu dan norma -norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak.
- Pengagihan kuasa, negara - negara Islam yang berkembang menyebabkan Baginda s.a.w. mengagihkan kuasa pentadbiran kepada para sahabat, umpamanya Muaz b Jabal ke Yaman.
- Dalam bidang ketenteraan, Nabi Muhammad s.a.w. bertanggungjawab menjamin keselamatan agama, negara, dan maruah umat Islam khasnya dan seluruh warga Madinah amnya. Tanggungjawab mempertahankan negara menjasi tanggunjawab warga Madinah.
- Pelaksanaan pentadbiaran sistem ekonomi Islam yang berteraskan keadilan, menghapuskan sebarang bentuk penindasan dan menjamin agihan kekayaan secara sama rata.
Wednesday, February 13, 2013
Kuliah 5
Struktur Pemerintahan Kerajaan Islam Madinah Zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment