Asas - asas kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya telah wujud secara tidak langsung bermula daripada kanak - kanak sehinggalah Baginda s.a.w. diutuskan sebagai nabi dan rasul
Antara bukti pernyataan tersebut ialah:
- menjadi yatim sejak kecil, melatih sifat berdikari dan cekal
- berperanan sebagai penggembala kambing; latih sifat lasak dan merupakan rutin harian nabi dan rasul terdahulu
- perkahwinan Baginda s.a.w. dengan Siti Khadijah; bakal mendapat sokongan moral dan material dalam perjuangan kelak
- kemampuan menyelesaikan pertikaian perletakan batu Hajar Aswad yang hampir mencetuskan pertelagahan yang serius dalam kalangan pemimpin Quraisy
Antara ciri - ciri kepemimpinan yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w. ialah:
- Bijak - kemampuan menyelesaikan pertikaian perletakan batu Hajar Aswad serta merangka strategi dakwah dan peperangan serta merangka Perlembagaan Madinah.
- Berani - mengetuai sendiri ekspedisi peperangan dan kemampuan menangani ancaman musuh sama ada di Makkah mahupun di medan perang walaupun bilangan tentera Islam yang terhad
- Adil - membela dan memberikan hak sewajarnya kepada kaum wanita yang selama ini dibelenggu dengan amalan Jahiliah yang taksub. Kejayaan menghapuskan semangat assabiyah yang digantikan dengan persauadaraan dan persamaan taraf menggambarkan sifat ini.
- Toleransi - memberikan layanan yang baik kepada tawanan perang, kebebasan beragama kepada golongan bukan Islam
- Tegas - bertindak mengusir golongan Yahudi Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizah yang mengkhianati Piagam Madinah
- Berpandangan jauh - menerima Perjanjian Hudaibiyah meskipun dari segi jangka pendek seolah - olah merugikan umat Islam.
- Amanah - tegar menyampaikan dakwah meskipun menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi sama ada daripada Quraisy, Yahudi, Rom dan juga Parsi.
Bukti - bukti Nabi Muhammad Sebagai Negarawan Yang Ulung
- Pemimpin Politik : menubuhkan negara Islam Madinah, menggubal Piagam Madinah, merencana proses hijrah termasuk memeterai beberapa perjanjian
- Pemimpin Masyarakat: menyelesaikan pertikaian Hajar Aswad, memperkenalkan konsep ummah, membela kaum wanita dan menghapuskan semangat assabiyah
- Perancang Ekonomi: memperkenalkan sistem ekonomi Islam dengan menghapuskan sebarang bentuk penindasan, mengagihkan kekayaan secara sama rata, memperkenalkan sistem cukai yang adil, memulihkan ekonomi umat Islam, dan menghapuskan eksploitasi kaum Yahudi di Madinah
- Panglima Tentera: mengetuai sendiri ekspedisi peperangan, memperkenalkan strategi peperangan serta etika tatkala berhadapan dengan musuh, dan menerapkan semangat jihad dalam kalangan pejuang Islam
- Pemimpin Agama: mendirikan Masjid Nabawi, menghantar utusan dakwah dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab
- Ketua Hakim: menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap pengkhianat negara Islam, bersikap tolak ansur terhadap tawanan perang, dan memperkenalkan undang - undang Islam seperti hudud, qisas, takzir, diat yang berkaitan dengan jenayah, undang - undang kekeluargaan dan peraturan bermasyarakat ( muamalat )
- Ketua Keluarga: menjadi role model dalam pembentukan institusi kekeluargaan Islam
- Penaung Kegiatan Keilmuan: menjadi pendidik bukan sahaja dalam keluarga malah kepada umat Islam seluruhnya.
No comments:
Post a Comment