Thursday, February 14, 2013

Kuliah 6

Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Asas - asas kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya telah wujud secara tidak langsung bermula daripada kanak - kanak sehinggalah Baginda s.a.w. diutuskan sebagai nabi dan rasul

Antara bukti pernyataan tersebut ialah:
- menjadi yatim sejak kecil, melatih sifat berdikari dan cekal
- berperanan sebagai penggembala kambing; latih sifat lasak dan merupakan rutin harian nabi dan rasul terdahulu
- perkahwinan Baginda s.a.w. dengan Siti Khadijah; bakal mendapat sokongan moral dan material dalam perjuangan kelak
- kemampuan menyelesaikan pertikaian perletakan batu Hajar Aswad yang hampir mencetuskan pertelagahan yang serius dalam kalangan pemimpin Quraisy

Antara  ciri - ciri kepemimpinan yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w. ialah:

  • Bijak - kemampuan menyelesaikan pertikaian perletakan batu Hajar Aswad serta merangka strategi dakwah dan peperangan serta merangka Perlembagaan Madinah.
  • Berani - mengetuai sendiri ekspedisi peperangan dan kemampuan menangani ancaman musuh sama ada di Makkah mahupun di medan perang walaupun bilangan tentera Islam yang terhad
  • Adil - membela dan memberikan hak sewajarnya kepada kaum wanita yang selama ini dibelenggu dengan amalan Jahiliah yang taksub. Kejayaan menghapuskan semangat assabiyah yang digantikan dengan persauadaraan dan persamaan taraf menggambarkan sifat ini.
  • Toleransi - memberikan layanan yang baik kepada tawanan perang, kebebasan beragama kepada golongan bukan Islam
  • Tegas - bertindak mengusir golongan Yahudi Bani Qainuqa', Bani Nadhir dan Bani Quraizah yang mengkhianati Piagam Madinah
  • Berpandangan jauh - menerima Perjanjian Hudaibiyah meskipun dari segi jangka pendek seolah - olah merugikan umat Islam. 
  • Amanah - tegar menyampaikan dakwah meskipun menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi sama ada daripada Quraisy, Yahudi, Rom dan juga Parsi.
Bukti - bukti Nabi Muhammad Sebagai Negarawan Yang Ulung
  • Pemimpin Politik : menubuhkan negara Islam Madinah, menggubal Piagam Madinah, merencana proses hijrah termasuk memeterai beberapa perjanjian
  • Pemimpin Masyarakat: menyelesaikan pertikaian Hajar Aswad, memperkenalkan konsep ummah,  membela kaum wanita dan menghapuskan semangat assabiyah
  • Perancang Ekonomi: memperkenalkan sistem ekonomi Islam dengan menghapuskan sebarang bentuk penindasan, mengagihkan kekayaan secara sama rata, memperkenalkan sistem cukai yang adil, memulihkan ekonomi umat Islam, dan menghapuskan eksploitasi kaum Yahudi di Madinah
  • Panglima Tentera: mengetuai sendiri ekspedisi peperangan,  memperkenalkan strategi peperangan serta etika tatkala berhadapan dengan musuh, dan menerapkan semangat jihad dalam kalangan pejuang Islam
  • Pemimpin Agama: mendirikan Masjid Nabawi,  menghantar utusan dakwah dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab
  • Ketua Hakim: menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap pengkhianat negara Islam, bersikap tolak ansur terhadap tawanan perang, dan memperkenalkan undang - undang Islam seperti hudud, qisas, takzir, diat yang berkaitan dengan jenayah, undang - undang kekeluargaan dan peraturan bermasyarakat ( muamalat )
  • Ketua Keluarga: menjadi role model dalam pembentukan institusi kekeluargaan Islam
  • Penaung Kegiatan Keilmuan: menjadi pendidik bukan sahaja dalam keluarga malah kepada umat Islam seluruhnya. 

Wednesday, February 13, 2013

Kuliah 5

Struktur Pemerintahan Kerajaan Islam Madinah Zaman Nabi Muhammad s.a.w.

  1. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemimpin tertinggi kerajaan Islam Madinah
  2. Kuasa ketua - ketua kabilah dikekalkan, namun sebarang permasalahan boleh dirujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  3. Masjid Nabawi berperanan sebagai markas atau pusat pentadabiran kerajaan Islam Madinah; tempat penggubalan dasar - dasar kerajaan Madinah.
  4. Prinsip dan amalan syura merupakan polisi utama dalam penggubalan dasar, undang -undang serta apa - apa perkara yang berkaitan dengan polisi pemerintahan.
  5. Golongan Muhajirin dan golongan Ansar merupakan tunjang kepada pemerintahan kerajaan Islam; merangkumi aspek politik, pentadbiran, eekonomi, ketenteraan dan sebagainya.
  6. Perlembagaan Madinah merupakan undang - undang tertinggi negara; berlandaskan wahyu dan norma -norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak.
  7. Pengagihan kuasa, negara - negara Islam yang berkembang menyebabkan Baginda s.a.w. mengagihkan kuasa pentadbiran kepada para sahabat, umpamanya Muaz b Jabal ke Yaman.
  8. Dalam bidang ketenteraan, Nabi Muhammad s.a.w. bertanggungjawab menjamin keselamatan agama, negara, dan maruah umat Islam khasnya dan seluruh warga Madinah amnya. Tanggungjawab mempertahankan negara menjasi tanggunjawab warga Madinah.
  9. Pelaksanaan pentadbiaran sistem ekonomi Islam yang berteraskan keadilan, menghapuskan sebarang bentuk penindasan dan menjamin agihan kekayaan secara sama rata.

Kuliah 4


Piagam Madinah

Kandungan Utama
1. Bersumberkan wahyu dan norma norma masyarakat
2. Nabi Muhammad s.a.w. diisytiharkan sebagai pemimpin tertinggi negara
3. Pengenalan konsep ummah
4. Orang - orang Islam wajib hidup saling bekerjasama
5. Orang - orang bukan Islam bebas mengamalkan agama dan adat istiadat
6. Tanggungjawab mempertahankan negara merupakan tanggungjawab bersama antara orang Islam dan bukan Islam
7. Aman selagi taat dengan Piagam Madinah

Peranan Piagam Madinah

1. Menjadi sumber perundangan tertinggI negara
2. Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf oleh warga Madinah
3. Asas penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh warga Madinah
4. Mewujudkan keamanan dan kestabilan politik Madinah
5. Menghapuskan semangat assabiyah yang membelenggu masyarakat
6. Memulihkan ekonomi umat Islam

KULIAH 3


Perkembangan Masyarakat Islam

Zaman Nabi Muhammad s.a.w.

  1. Terdapat dua golongan utama iaitu golongan Ansar dan golongan Muhajirin
Kedua  - dua golongan ini memainkan peranan penting bukan sahaja dalam usaha penyebaran Islam bahkan menjadi tunjang kepada pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Islam
  1. Menjelang kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. , penganut agama Islam kian berkembang berikutan tindakan Rasulullah s.a.w. gigih menghantar utusan dakwah bukan sahaja dalam bahkan luar Semenanjung Tanah Arab.
  2. Buktinya tatkala, Baginda s.a.w. menunaikan  haji wida', 100 000 umat Islam telah mengerjakan haji dan mendengar khutbah atau amanat terakhir Baginda s.a.w.
Zaman Khulafa al Rasyidin

  1. Islam kian berkembang pada zaman ini, terutamanya sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Hal ini disebabkan tindakan Khalifah Umar  menghantar pendakwah serta kesan daripada kempen ketenteraan yang giat dijalankan.
  2. Secara amnya, masyarakat pada zaman ini terbahagi  kepada golongan Arab dan bukan Arab.
  3. Walau bagaimanapun, pada  era ini telah timbul cabaran hebat kepada pemerintah berikutan munculnya golongan tertentu yang tidak memahami ajaran Islam sepenuhnya.
  4. Umpamanya, pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, telah muncul golongan yang dikenali sebagai golongan al Riddah, iaitu golongan nabi palsu, enggan membayar zakat, dan golongan murtad.
  5. Pada zaman pemerintahan Khalifah  Umar, masyarakat Islam semakin kompleks, berikutan kempen - kempen perluasan wilayah dijalankan. Di Iraq, umpamanya muncul golongan Ahl al Ayyam yang diberikan tanggungjawab  mentadbir tanah jajahan berkenaan.
  6. Ringkasnya, masyarakat Islam pada zaman ini terbahagi kepada beberapa kelompok,iaitu:
Golongan Arab : merupakan golongan pentadbir dan merupakan kumpulan majoriti
Golongan Mawali : golongan bukan Arab yang beragama Islam; diberikan hak sebagaimana orang bangsa Arab

Golongan Ahl al Ayyam : golongan yang diamanahkan sebagai pentadbir tanah jajahan seperti di Iraq dan Mesir

Golongan Ahli al Qurra : berasal drp golongan Ahl al Ayyam, namun yang membezakannya ialah golongan ini terdiri daripada golongan yang tidak pernah murtad.

Golongan Syiah: merupakan penyokong setia kepada Khalifah Ali, dikenali juga dengan gelaran Ahl al Bait

Golongan Khawarij: merupakan serpihan drp penyokong Khalifah Ali, muncul sebagai golongan ekstrim yang enggan menerima kepemimpinan Khalifah Ali ekoran tindakan Khalifah Ali yang  bersetuju dengan perjanjian damai dengan Muawiyyah dalam Perang Siffin serta Perjanjian Tahkim

Golongan al Riddah: merupakan golongan yang muncul pada zaman Khalifah Abu Bakar, 
tidak memahami sebenarnya ajaran Islam menyebabkan muncul golongan seperti nabi palsu, enggan membayar zakat dan murtad

Secara rumusannya, perkembangan masyarakat Islam pada zaman ini berlaku disebabkan oleh kempen pendakwahan yang dilakukan, ekpedisi ketenteraan yang berlaku,  dan sifat agama Islam yang mementingkan keamanan atau bersifat universal. 

Friday, January 18, 2013

Kuliah 2

Masyarakat Islam

Konsep Ummah

1. Pembentukan Ummah

  • Bermula di Makkah lagi melalui usaha dakwah
  • Dakwah dilakukan secara sulit dan terbuka; kesannya timbul penentangan dalam kalangan masyarakat Quraisy
  • Pelbagai bentuk penentangan yang dilakukan; secara diplomasi dan juga kekerasan
  • Nabi Muhammad s.a.w. terpaksa mengubah strategi dakwah, seperti berusaha membawa Islam ke Taif serta memperkenalkan Islam kepada rombongan haji di Makkah
  • Suku Aus dan Khazraj telah membei respons yang positif, memetererai Perjanjian Aqabah yang merintis penghijrahan Nabi Muhammad dan umat Islam ke Yathrib
  • Perancangan membunuh menyebabkan Rasulullah s.a.w. melakukan hijrah pada tahun 622 Masihi
  • Impaknya, negara Islam terbentuk di Madinah dan bagi melengkapkan negara Islam tersebut, Piagam Madinah digubal yang membawa kepada pengenalan konsep ummah
2. Pengertian Ummah
  • Bahasa : masyarakat
  • Al Quran : manusia dan jin
  • Piagam Madinah: masyarakat Islam dan bukan Islam yang berada di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
3. Penyatuan Ummah
  • Menyatukan Aus dan Khazraj
  • Mempersaudarakan Ansar dengan Muhajirin
  • Menggubal Piagam Madinah
  • Melaksanakan amalan syura
  • Memperkenalkan sistem ekonomi Islam
  • Menubuhkan angkatan  tentera Islam
  • Menyingkirkan golongan Yahudi


Kuliah 1

Masyarakat Jahiliah

Konsep Jahiliah

  1. Pengertian: Jahala yang bermaksud bodoh terutamanya aspek agama dan akhlak
  2. Tempoh masa  :  memakan masa lebih kurang 300 tahun
  3. Ciri - ciri umum : tidak mempunyai nabi, rasul dan kitab suci, tidak berakhlak, tidak berperadaban dan  buta huruf
Struktur Masyarakat
  1. Pembahagian masyarakat: Arab Badwi dan Arab Hadhari
  2. Kedua duanya hidup berkabilah
  3. Semangat assabiyah menjadi teras kehidupan
  4. Mementingkan kelas
  5. Wujudnya nilai mulia dan nilai hina dalam masyarakat
  6. Ciri - ciri kehidupan: mencerminkan kejahilan dan kemunduran, seperti:
  • Menganut agama yang sesat; mencipta sendiri agama dan menyelewengkan kandungan kitab suci
  • Mengamalkan akhlak buruk: mementingkan hawa nafsu
  • Masyarakat hidup berpecah belah;  dibelenggu semangat assabiyah
  • Aktiviti politik berlaku di sekitar kabilah masing - masing
  • Peperangan merupakan suatu kelaziman
  • Aktiviti ekonomi penuh dengan penindasan serta penipuan
  • Majoriti masyarakat buta huruf
  • Mengamalkan adat tradisi yang bersifat tahyul
Sehingga Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan masyarakat Arab pada waktu itu berada dalam kegelapan

Thursday, December 20, 2012

Kandungan Sukatan Penggal 2 ( Kerja Kursus )

1. Kerja Kursus ( WAJIB DILAKSANAKAN ) - MARKAH 55 ( 20 % ) 940/4
 
  Prosedur Kerja
  •  2 Januari - 4 Januari 2013  :    Pengenalan ilmu sejarah, kaedah penyelidikan 
                                                         dan penulisan sejarah
  •  7 Januari - 18 Januari 2013:    Penyediaan Cadangan Penyelidikan ( Proposal )
  • 21 Januari - 10 April 2012  :    Menjalankan penyelidikan
  • 12 April - 3 Mei 2013        :     Penyerahan Tugasan                       
                                                         ( 12 April : Tarikh Akhir )
  •                                           :     Pembentangan                              
                                                           ( 15 April -  3 Mei )
  •                                           :     Penghantaran markah ke MPM    
                                                           (  15 April - 5 Mei )

2    Sejarah Islam  - MARKAH 80 ( 29% ) - UJIAN BERPUSAT - SOALAN ESEI ( 940/2)
  • Tema 1   (   Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan, dan Perhubungan Luar )
  • Tema 2   (  Pembangunan dan Penerokaan )
  • Tema 3   ( Nasionaslisme dan Pembentukan Negara Bangsa )
       ### PERINCIAN TAJUK AKAN DIEDAR OLEH GURU