Thursday, September 26, 2013

MASYARAKAT MARITIM

Masyarakat yang dikaitkan dengan aktiviti kelautan, antara  aktiviti
yang dikaitkan dengan masyarakat ini ialah:
a) aktiviti perdagangan
b) aktiviti perikanan
c) aktiviti pelayaran

Ciri - ciri Masyarakat Maritim Portugal

1.  Masyarakat  Terawal Terlibat Dengan Aktiviti Pelayaran
    - perintis kepada aktiviti pelayaran  masyarakat Eropah
    - mendapat galakan daripada pemerintah
    - berjaya menemui jalan ke Timur dan penemuan benua Amerika dan Afrika
    - kuasa Barat pertama yang menjelajahi kawasan dunia lain

2.  Masyarakat Terlibat Dengan Aktiviti Perdagangan
     - menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa dengan kawasan
       Asia, Amerika dan Afrika
     - mendirikan pangkalan perdadangan di  Ceylon, Maluku, Jawa
     - memonopoli aktiviti perdagangan rempah
     - memulakan aktiviti perdagangan hamba
     - menguasai aktiviti perdagangan tebu di Amerika Selatan ( Brazil )

3.  Masyarakat Mempunyai Kemahiran Membina Kapal
     - mampu menghasilkan kapal yang besar dan tahan lasak
     - kapal carrack; kapal yang bersaiz besar dan mampu memuatkan
       lebih drp kebiasaan
    - kapal caravel; teknologi Arab - dilengkapi layar dan mapu belayar jauh

4. Masyarakat Yang Mempunyai Kemahiran Ilmu Pelayaran
    - didedahkan dengan ilmu pelayaran di Akademi  Sagress
    - mempunyai kelengkapan yang baik seperti peta, astrolab, kompas magnetik
      dan kapal yang bersaiz besar serta tahan lasak
   - mempunyai kelengkapan senjata api seperti senapang dan meriam

5. Masyarakat Fanatik Kristian
   - berhasrat memecah monopoli perdagangan rempah orang Islam
   - mengambil alih peranan dan pangkalan perdagangan orang Islam
   - meneruskan Perang Salib
   - menyebarkan agama Kristian di Asia dan kawasan yang disinggah

Ciri - ciri Masyarakat Maritim Di Jepun
  
1. Petempatan
    - masyarakat mendirikan petempatan di kawasan persisir pantai
    - bentuk muka bumi yang berpulau menyebabkan masyarakat terdedah
      dengan aktiviti kelautan
    - tumpuan masyarakat di kawasan berkenaan menyebabkan kawasan
      perkampungan berkembang menjadi bandar - bandar pelabuhan

2.   Menjalankan Aktiviti Perdagangan
      - menjalinkan hubungan dengan negara  jiran seperti China bagi mendapatkan
        teh, sutera, jed dan tembikar
      - menjalinkan hubungan dengan kuasa Barat; zaman Kesyogunan Ashikaga
        berhubung dengan pedagang Portugal
     - zaman Kesyogunan Tokugawa; mengadakan hubungan yang terhad dengan
        Belanda

3.  Menjalankan Aktiviti Perikanan
     - kedudukan geografi yang berpulau
     - lokasi strategik; tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas
    - pembiakan ikan
    - masyarakat menjalankan aktiviti perikanan  di persisir pantai dan
      laut dalam

4.  Mempunyai Kemahiran Bidang Perkapalan
     - membina kapal yang besar, tahan lasak dan mampu memuatkan banyak
       muatan
    - Kapal Mohor merah bukan sahaja besar dan tahan lasak, malah dilengkapi
       dengan senjata

5.  Mempunyai Kemahiran Ilmu Pelayaran
    - mampu meredah lautan yang luas dan merentasi perairan antarabangsa
    - Australia, Asia Tenggara, Korea, China dan Amerika Selatan antara
      kawaan yang disinggah
   - menambahkan keyakinan untuk menjalinkan hubungan dagangan antarabangsa
     dan menonjolkan supremasi

6. Mempunyai Keistimewaan Tertentu
    -  kemajuan dalam aktiviti perdagangan  memabwa kepada amalan
       pengkhususan
    - menggunakan mata wang dalam urusan perdagangan
    - menubuhkan institusikewangan dan institusi perbankan
    - mengendalikan perdagangan entreport

7.  Masyarakat Yang Terdedah Dengan Unsur Luar
    - terdedah dengan agama Kristian; agama Shinto kian merosot
    - berusaha mempertahankan agama tradisional
   - kesukaran hidup menyebabkan setiap masyarakat akan menjadi
      lebih kreatif untuk survive  dalam kehidupan harian
  




      

No comments:

Post a Comment